Hari
itu satu 'majlis' diadakan. 'Majlis' yang dinanti-nantikan kini 'dirai' dengan
julung kalinya. Pelbagai pakaian diperagakan bagi menampakkan imej yang cantik.
Kulit yang mulus 'ditempek' dengan pelbagai 'bahan' yang mereka miliki
sebagai penghias diri. Cantik. Bukan sahaja di mata si pemakai malah pada mata
yang memandang juga. Destinasi yang dituju turut memainkan peranan. Diri yang
kerdil ini menjadi pemerhati kepada setiap gelagat mereka. Inilah manusia. Suka
akan kecantikan.
Aktiviti dimulakan satu per satu. Seribu satu aksi dan gaya
dipertonjolkan. Sangat meriah suasananya. Siapa saja tidak gembira apabila
berada dalam kumpulan itu. Tema warna yang dipilih sangat bertepatan
iaitu caeruleus. Tenang dan cool.
Namun dalam keseronokan yang dirasai ada suara-suara sumbang yang
mencelah. Satu tamparan hebat buat hati kecil ini. Ketika itu hilang segala
rasa ibarat lidah yang tiada derianya. Apabila perkara ini terjadi, apa nak
rasa? Masih seronok lagikah?
Lidah mula bermain kata, "siapa diri kau? Dimana hati dan
perasaan kau? Kenapa kau jadi macam ni?" Sekarang baru aku tahu perasaan
orang-orang yang pernah kau toreh jiwa mereka dulu.
Kini pertimbangan aku terhadap kau hilang atas dasar diri kau
sendiri . Dan yang paling ditakuti jangan sampai kepercayaan aku terhadap kau
juga turut hilang.
#catatanmerahhitam
-na