"Di dalam episod itu bukanlah penentu kehidupan dia pada masa akan datang. Ia hanyalah secebis pengalaman kehidupan sebagai seorang dewasa. Saat yang lain sedang menikmati hari-hari indah sebagai remaja, tetapi dia...tiada istilah zaman remaja di waktu itu. Yang ada hanyalah alam dewasa dan rumah tangga yang mungkin tidak semua orang dapat mengharunginya.
Tidak semua juga diberi pengalaman seperti itu. Di dalam episod itu terselit juga babak-babak kehilangann insan tersayang. Perjalanan kisah itu lengkap menjadi sebuah cerita yang bermula dengan pengharapan dan disusuli dengan pengajaran. Tak sempurna. Tapi lebih daripada cukup untuk mengajarnya erti kehidupan.
Tetapi tidak pula diakhiri dengan kegembiraan. Takdir Tuhan sangat adil. Penyatuan diimbangi dengan perleraian. atau kata mudahnya 'perpisahan'. Di akhirnya, lengkaplah ia menjadi sebuah cerita sesingkat hadir mentari senja"
Terjumpa coretan di atas, di drafts twitter yang aku tulis hampir setahun yang lalu. sebab aku menulis kerana terkesan dengan kisah kehidupan seorang wanita ni yang cukup mencabar dan mampu menitiskan air mata sesiapa yang memahaminya.