You Know Who You Are
an appreciations writing/post
by NA
Nukilan ini dicoret untuk didedikasikan kepada puan yang jasanya tidak pernah didendangkan kepada khalayak.
Bismillahirrahmanirrahim,
Pertama sekali, aku (penulis) bersyukur atas nikmat masa yang diberi ini untuk menulis kisah ini.
Buat puan yang aku kenali hanya untuk dua minggu masa bertugas, Alhamdulillah, aku bersyukur dengan perkenalan dan pertemuan kita sebagai petugas di salah satu acara rasmi (dan staff office pada hakikatnya) di sebuah organisasi. Segala yang terjadi sepanjang dua minggu tersebut, semuanya berhikmah atas kehendakNya.
Agak janggal rasanya untuk aku sendiri beramah mesra dengan puan since we do not know each other (pada mulanya). Perspektif aku terhadap puan ketika itu sangatlah jauh.
Garang, tegas, dan ‘kekwat’ sedikit.
From the first day of my duty, aku masih rasa janggal. I had a lot of questions in my mind. ‘Puan ni mcm mana ek orangnya?’ ‘Dia garang ke eh kalau tak buat kerja?’ ‘Agak2 dia nak bagi aku kerja apa?’ ‘kalau tak boleh buat macam mana?’ ‘Nanti mesti dia ingat aku ni tak boleh buat kerja?’ Shame on me la kalau puan fikir aku macam tu on the first day of my duty.
Then I started to realize something that brought me to sit together with puan, and we were chilling at that moment bila puan belanja kami semua makan pizza. Aku bukan nak jadikan ‘belanja pizza’ ini sebagai ukuran kepada how you do good things to people. But from this scene, we talk a lot more than usual. From there, I changed my perspective about you.
The next day, puan datang lambat sikit daripada kami and you bought us kuih muih from jualan di luar hall (banyak ya! Dengan harga yang mahal). Not only that, puan juga belikan jajan untuk kudapan masa on duty. On that day, I was like..wow! Are you really this kind of person??? Because at the office no one likes you (except puan azi. *not sure. this is just from my angle). Maybe pada pandangan orang lain, ianya nampak biasa and people just doing something that just makes sense. But you're not the same as those in the office. They are all kind, but sometimes I feel like something is wrong. Ughhh! I don't know. Maybe it's just my feeling. My perspective towards you changes AGAIN.
The following days, puan belanja pula minuman kopi yang ada ‘brand’ untuk semua termasuk ketua unit yang berada di situ. From day to day, I can see puan punya sikap yang sangat ‘tak berkira’. I notice about that. Puan sangat tak berkira bab makan, mahal ke murah ke, asalkan dapat makan. Kadang-kadang aku pula yang naik segan walaupun bukan aku sorang je yang melantak semua tu. And again, I changed my perspective. This is the third day since we have worked together for this event. After 3 days of my observation, I think that’s enough for me to know about yourself in the context of what I need to know only. Sejujurnya, aku sangat sukar untuk rasa selesa dengan sesiapa sahaja yang aku kenal termasuklah kawan2. Tapi bila dah berada dalam team ni, tiga hari itu adalah rekod paling singkat yang pernah aku capai. Alhamdulillah Allah izin kita semua rasa selesa untuk bergaul. Pada hari ketiga ini juga, sedikit2 puan mula buka cerita. At this point I can smell something fishy about those in that department. I terus ter flashback everything yang I pernah dengar, nampak dan perasaan sangsi yang pernah muncul dalam diri I.
And finally, puan ceritakan semuanya pada kami yang berada di meja. Walaupun mungkin tak semua yang patut aku tahu, but this is more than enough. Dan mungkin perkara itu telah diceritakan banyak kali kepada orang lain, tetapi puan tetap ceritakan kisah itu pada kami juga tanpa berselindung.
People always take you for granted. They treat you like shiballl! They used your ability, but they never appreciated you. You bought all the necessary things with your own money for the sake of organization official account content??? What the hell is that?!!!
They never see your struggle, puan.
They never solve the problem.
They never appreciate your hard work.
Apa yang mereka nampak hanyalah salah.
In fact, mereka memperlekehkan usaha-usaha yang puan dah buat.
Even if you're doing nothing, mereka tetap akan menggali lubang untuk mencari salah puan like you're the most wanted person in the world. (and I understand the scenario. Majikan tindas pekerja. Rakan kerja tikam belakang. Kaki kipas. Batu api, etc.)
Now I know.
Siapa kaca, siapa permata.
Siapa tahi, siapa bunga.
Siapa mangsa, siapa pemangsa.
I'm so glad to get to know you, puan, in this period of time.
I'm glad that I was given the opportunities to be in your team.
Kalau aku tolak peluang ni dari awal haritu, mungkin we never know each other sedangkan we work under one roof and puan takkan datang ke office because your place at the faculty as a lecturer.
No wonderlah I never see you in the office. Sampaikan aku tersalah teka puan. Ingatkan orang itu, orang ini. Rupanya bukan.
And it's bye-bye for me to get to know you if aku tolak peluang ni.
The reason why I wrote this is just because I wanna appreciate your kindness.
I wanna appreciate your sacrifice (time, money, energy) towards all this.
I appreciate your advice and ‘bebelan’ (yg bukan tin kosong la tapi).
I appreciate the knowledge that you share with me and others (walaupun tak banyak) informally.
Your laugh just makes me wanna laugh too.
Mungkin ada segelintir orang yang menentang puan, tapi masih ada beribu lagi yang datang support puan.
There are always people behind you yang support puan.
I'm not your student, apatah lagi your favorite student.
I am just nobody.
Aku hanyalah watak kecil yang muncul dalam cebisan perjalanan kisah hidup puan.
However, you’re one of the best people that I have met in my life.
You’re so kind.
You're very sporting.
You're a cheerful and energetic person.
I can feel the positive vibes in you.
You’re so beautiful just the way you are.
My hope from what has happened is that, I pray..
May Allah grant you His barakah in your life for your sabr. all this time.
Semoga Allah membuka seluas-luas pintu rezekiNya buat puan dan keluarga.
Semoga Allah sajalah yang membalas segala kebaikan yang puan pernah lakukan.
Semoga Allah memberkati kehidupan puan sehari-hari.
Semoga Allah permudahkan segala urusan puan dan keluarga walau dimanapun puan berada dan dalam situasi apa sekali pun.
Semoga direzekikan Allah untuk puan berada di tempat yang selayaknya buat puan.
Semoga Allah memberi nikmat sihat dan ketenangan jiwa pada puan sepanjang masa.
Semoga Allah memelihara keselamatan puan dan keluarga di mana sahaja.
Semoga Allah mengekalkan keceriaan dan senyuman yang sentiasa terukir pada wajah puan.
Semoga Allah hilangkan rasa sedih puan atas apa saja yang pernah berlaku dalam hidup.
Semoga Allah mengangkat darjat puan sebagai seorang manusia yang sentiasa sabar dengan kejahatan manuasia lain.
Semoga Allah sajalah yang membalas kejahatan manusia lain terhadap puan dengan caraNya.
Semoga Allah permudahkan urusan puan untuk sambung PhD.
Semoga segala urusan puan dipermudahkan di dunia dan akhirat.
I'm sorry if I did wrong to you (terlepas kata, terguris hati perasaan etc).
I'm so sorry also if I'm too emotional about this matter. This is me, my heart is breaking when hearing your story:(
Okeh! I'm done saying all that I want to say. Macam cringe type perpanjang gini. But yeah, this is my style. This is how I appreciate people arounds me. I will write their story in my notes. So that, in the future I will not forget the good people who exist in my life. I tak pandai nak cakap depan2, tapi kalau diberi pen dan kertas, I can tell it from a to z. Hope puan ok je baca pepanjang ni hshshshhshs (malu pulek kite;) ) mesti puan tgh ketawa kan hahahahahaha.
Hope to see you again puan, NAR.
You know who you are.
Terima Kasih untuk segalanya!
Sincerely,
NA
P/s: wrote three days before the end of the event. Posted on Wed, 29 Nov 2023.