Pernahkah anda berdiri di hadapan berpuluh-puluh orang hanya untuk memalukan diri sendiri? Mantapkanlah keyakinan anda- setiap orang pasti ada saat mereka diperlukan untuk berkata-kata walaupun tidak mahu (dipaksa lah tu).
Sekarang kita letakkan formaliti di tepi. Ehem Bismillah.
Public speaking, pidato, forum,pembentangan atau mana2 ujian lisan. Mesti ramai yang tak suka kan? Tapi nak buat macamana, kalau dah kena terpaksalah. Kita mulakan dgn tips ini:
Setelah berdiri di hadapan org ramai, jaga
eye contact. Masa sedang
present tu, jangan hanya tetapkan pandangan kat situ je.
➤jangan tengok lantai sepanjang masa, nampak sangat anda tak yakin dan
nervous. Tenangkan diri. Walaupun mengambil masa sikit tapi lama2 OK lah tu InsyaAllah.
➤jangan pandang atas je. Nampak agak biadab, tenangkan diri dan pandanglah sekeliling. Nanti nampak macam kita tengah berfikir (padahal hafal).
➤
jangan saya ulangi
jangan tengok penonton (dan juri kalau ada)
directly kat mata dia sepanjang bercakap. Seram sejuk dia nanti; dah kenapa dia ni pandang aku macam nak makan? Anggaplah ini sebuah perbualan yg
casual.
Tangan. Tangan? Kenapa?
➤ jaga pergerakan tangan anda, jangan statik macam robot. Kita bukan nak nyanyi lagu Negaraku, kita nak orang dengar kita cakap. Sesetengah orang akan automatik menggerakkan tangan mereka apabila bercakap. Percaya atau tidak, mereka akan nampak lebih yakin.
Confident. Lihatlah sendiri. (Begitu juga dgn intonasi, jgn bercakap spt robot, variasikan tona suara tu.)
➤jangan selalu gerakkan tangan juga. Kita tak nak kelihatan spt seorang konduktor sebuah orkestra, kita pemidato, pembentang, atau hanya orang yang terpaksa berkata2 di kalayak ramai untuk lulus ujian kita. Tak perlu angkat tangan tinggi2, InsyaAllah tiada lalat pun dekat dengan anda.
Tenangkan diri; tarik nafas dalam2 lama2 dan bacalah doa sebelum anda mula bercakap. Takut tersasul pula.
Banyak lagi yang hendak dikongsikan tapi nanti panjang lebar pula menjela. Cukup setakat di sini shj, kalau ada rezeki, akan dikongsikan lagi. Harap dapat membawa manfaat kpd anda yg sudi membaca, moga2 dpt digunakan pd masa depan nanti. Mantapkan keyakinan anda-
All the best! Assalamualaikum ♡
-dot
(new crew)