The Silent Killer: Soul


Friday, 28 July 2017

Bila hati telah hitam


Semua perkara yang berlaku pasti bermula dengan mulut. Sebab apa??? Aib orang jangan cerita dekat orang lain, nanti Allah marah, aib kita akan didedahkan oleh Allah. Kenapa nak buka aib orang sedangkan aib sendiri pun tidak terjaga. Aib orang kena jaga baru hidup selamat. Cerita budak kecil pun boleh jadi besar hanya kerana mulut apatah lagi cerita orang besar. Bila hati telah hitam semuanya jadi kucar-kacir. Kalau hati ada setompok bintik hitam, susah nak hilangkan. Hal orang jangan masuk campur. Kenapa nak biarkan hati jadi hitam kalau putih itu lebih menyerikan. Ikut jalan lurus jangan ikut jalan liku. Nanti sesat jalan, susah nak keluar. Sebab itu semuanya bermula dengan mulut. Tersalah kata boleh mengundang persengketaan. Macam pepatah Melayu kata, 'kerana mulut badan binasa'. Ingat! jaga hati, jaga mulut, jaga minda. Baru hidup selamat dunia dan akhirat. In syaa Allah.

#muhasabahdiri

-na 



No comments:

Post a Comment