Fuhhh! Seminggu yang
busy. Sampai aku terlupa untuk menyambung coretan ini. Biasalah, kehidupan di
tingkatan enam di saat-saat semester akhir ni. macam-macam kena buat. Exam Muet
speaking la, buat viva, siapkan kerja kursus, ujian dan tak lama lagi nak exam
sem 3. Fuhhh! Hidup yang penuh dengan pancaroba.
[sambungan]
Hari berikutnya. Aku
meneruskan pencarian nama yang satu ini. Screen
telefon discroll. Satu persatu nama dilihat. Tiba-tiba, mataku
tertancap pada satu nama yang muncul di ruangan ‘temui rakan’. Mujur gambar yg
digunakan sebagai muka depan membuatkan aku mudah untuk mengenal pasti sang
pemilik akaun. Apabila diteliti samaran yang digunakan, membuatkan aku teringat
bahawa samaran yang dulu tidak lagi wujud dalam semua akaunnya. Dan kini,
samaran itu secara rasminya menjadi identitinya.
Perasaan ingin tahu
semakin menebal dalam diri. Tanpa membuang masa, aku terus melihat dan
mengikuti perkembangannya yang dulunya pernah aku tinggalkan dan yang terbaru.
Satu tamparan hebat buat diri ini tatkala mengetahui bahawa dia telah mempunyai
someone special dalam hidupnya. Well,
terasa gembira bila lihat dia bahagia tetapi dalam masa yang sama membuatkan
aku cringe dengan segala bicara
manisnya bersama si dia di laman sosial yang tiada sempadannya. Bersemut
jugaklah. Aku kenal bagaimana dirinya yang dahulu. Tetapi sekarang aku
seakan-akan tidak kenal siapa dirinya yang sebenar.
Pada dasarnya, bukanlah
untuk mengongkong dan mengawal kehidupan dia. Tetapi aku dapat merasakan hubungan
persahabatan yang pernah terbina dahulu semakin menjauh dan ibarat nikmat
persahabatan itu telah hilang dari landasannya. Kadang2 aku merasakan ini semua
salah aku. Sudah berkali-kali diajak untuk berjumpa tapi berkali-kali itu jugak
aku menolak dengan alasan yang bukan2 dan tak munasabah. Adakah aku ego? Ke
lebih kepada cemburu? Hmm, manusia ini memang sentiasa berubah-ubah sikapnya.
Sekejap elok, sekejap tak elok. Ada juga satu masa itu aku akan berkata dalam hati
bahawa mereka tak boleh buat itu, buat ini dan mereka harus begitu dan begini.
Paranoidkah aku? Semua benda yang orang lain buat, tak senang pada
pandangan kau, semua kau nak halang. Sedangkan itu hidup mereka. Biarlah mereka
nak buat apa yang baik untuk diri mereka. Astaghfirullahal azim!
Sekian sahaja dari saya
penulis yang tidak bertauliah. Bidang penulisan hanyalah menjadi kesukaan saya
ketika waktu senang walaupun takde la waktu senang sangat. Ini hanyalah sekadar
suka-suka dan menambah koleksi peribadi.
*Setiap baris ayat yang
telah saya coret tiada kaitan dengan mana-mana pihak ataupun individu. Sekiranya
terdapat persamaan, ia hanyalah kebetulan. Hidup memang Cliché
-na