The Silent Killer: Soul


Monday, 16 September 2019

Paranoid atau ego [part 2]

Fuhhh! Seminggu yang busy. Sampai aku terlupa untuk menyambung coretan ini. Biasalah, kehidupan di tingkatan enam di saat-saat semester akhir ni. macam-macam kena buat. Exam Muet speaking la, buat viva, siapkan kerja kursus, ujian dan tak lama lagi nak exam sem 3. Fuhhh! Hidup yang penuh dengan pancaroba.
[sambungan]
Hari berikutnya. Aku meneruskan pencarian nama yang satu ini. Screen telefon discroll. Satu persatu nama dilihat. Tiba-tiba, mataku tertancap pada satu nama yang muncul di ruangan ‘temui rakan’. Mujur gambar yg digunakan sebagai muka depan membuatkan aku mudah untuk mengenal pasti sang pemilik akaun. Apabila diteliti samaran yang digunakan, membuatkan aku teringat bahawa samaran yang dulu tidak lagi wujud dalam semua akaunnya. Dan kini, samaran itu secara rasminya menjadi identitinya.
Perasaan ingin tahu semakin menebal dalam diri. Tanpa membuang masa, aku terus melihat dan mengikuti perkembangannya yang dulunya pernah aku tinggalkan dan yang terbaru. Satu tamparan hebat buat diri ini tatkala mengetahui bahawa dia telah mempunyai someone special dalam hidupnya. Well, terasa gembira bila lihat dia bahagia tetapi dalam masa yang sama membuatkan aku cringe dengan segala bicara manisnya bersama si dia di laman sosial yang tiada sempadannya. Bersemut jugaklah. Aku kenal bagaimana dirinya yang dahulu. Tetapi sekarang aku seakan-akan tidak kenal siapa dirinya yang sebenar.
Pada dasarnya, bukanlah untuk mengongkong dan mengawal kehidupan dia. Tetapi aku dapat merasakan hubungan persahabatan yang pernah terbina dahulu semakin menjauh dan ibarat nikmat persahabatan itu telah hilang dari landasannya. Kadang2 aku merasakan ini semua salah aku. Sudah berkali-kali diajak untuk berjumpa tapi berkali-kali itu jugak aku menolak dengan alasan yang bukan2 dan tak munasabah. Adakah aku ego? Ke lebih kepada cemburu? Hmm, manusia ini memang sentiasa berubah-ubah sikapnya. Sekejap elok, sekejap tak elok. Ada juga satu masa itu aku akan berkata dalam hati bahawa mereka tak boleh buat itu, buat ini dan mereka harus begitu dan begini. Paranoidkah aku? Semua benda yang orang lain buat, tak senang pada pandangan kau, semua kau nak halang. Sedangkan itu hidup mereka. Biarlah mereka nak buat apa yang baik untuk diri mereka. Astaghfirullahal azim!
Sekian sahaja dari saya penulis yang tidak bertauliah. Bidang penulisan hanyalah menjadi kesukaan saya ketika waktu senang walaupun takde la waktu senang sangat. Ini hanyalah sekadar suka-suka dan menambah koleksi peribadi.
*Setiap baris ayat yang telah saya coret tiada kaitan dengan mana-mana pihak ataupun individu. Sekiranya terdapat persamaan, ia hanyalah kebetulan. Hidup memang Cliché

-na

No comments:

Post a Comment