Ogos 04, 2019
Sudah lama blog ini aku
tinggalkan. Sudah lama juga aku tidak menonjolkan diri di blog ini. Hari ini
aku kembali ke ruangan ini untuk memulakan coretan aku, setelah sekian lama aku
meninggalkannya.
Entah kenapa baru hari
ini aku terasa ingin menceritakan sesuatu di sini. Sedangkan, sebelum ni sudah
banyak perkara yang telah aku lalui. Alhamdulillah, kini aku berada di semester
akhir di tingkatan enam. Hmm, tak ada la teruk sangat bila masuk form 6 ni. Form 6 sekarang dah moden, sistem pembelajaran dan peperiksaan pun
dah berubah. Tak macam dulu. Form 6 ni tak susah macam yang aku fikirkan dan
tak juga susah macam yang orang selalu cakap. Biasa je. Tapi puas bila dpt result yang baik setimpal dengan usaha
yang dah dilakukan. Ok sampai sini je pasal form
6.
Next topic,
Telinga aku ligat
mendengar cerita² dan isu² semasa yang berlaku dalam negara melalui rakan
sekelas. Apabila mendengar keseronokan mengetahui isu² tersebut, aku juga ingin
turut serta mengambil tahu hal² tersebut. Satu aplikasi yang telah aku tinggalkan
lebih kurang 5 tahun lalu, kembali dimuat turun. Aku membelek setiap apa yang
pernah aku hantar, balas, suka, dan sebagainya. Sambil itu aku memeriksa insan²
yang pernah aku ikut dan sebaliknya. Aku mengemaskini semula akaun tersebut
supaya kelihatan segar dan masih digunakan oleh pemiliknya. Sedang leka
mengemaskini, ada sahaja idea yang
muncul dalam fikiran. Jariku rancak menekan papan kekunci pada telefon pintar. [Beberapa
jam kemudian] Ah! Aku tak jumpa yang satu ni. Hari semakin gelap, malam semakin
larut, data pun dah berkurangan dan bateri pun dah menunjukkan warna merah. Aku
putus asa? Tak akan sama sekali! Segera aku mencapai pengecas telefon dan
menutup aplikasi tersebut dengan niat aku akan cuba lagi esok dan berharap apa
yang dicari muncul depan mata aku. Bersambung….
-na
No comments:
Post a Comment