“Assalamualaikum ibu, angah dah balik!” laung aku
dari pintu depan yang baru pulang dari kolej.
“Waalaikumussalam. Ibu dekat dapur ni.” Jawab ibu.
Aku terus mendapatkan ibu yang berada di dapur.
“Ibu.”
“Ya. Ada apa angah?”
“Hari ni 20 Aprilkan. Jom kita pergi kubur.” Pinta
aku.
Ibu diam seketika dan tidak berjawab. Aku tahu ibu
mesti sedih mengenangkan anak sulungnya. Aku juga tak nafikan yang aku turut
bersedih. Tapi Allah lebih sayangkan dia.
Imbas kembali…
Enam tahun yang lalu.. ibu sedang sarat mengandungkan
adik. Ibu dijangka akan bersalin dua minggu lagi.
Nak dijadikan cerita, ibu bersalin dua
minggu lebih awal. Ketika itu aku dan along berada di rumah tetapi abah tidak
ada di rumah semasa ibu sakit nak bersalin. Abah berada di luar negeri atas urusan
kerja.
Ibu mengerang kesakitan. Aku yang
melihat keadaan itu, menjadi kaku. Aku tak tahu nak buat apa. darah keluar
dengan sangat banyak.
“Da..darah. Merah” perkataan itu sahaja
yang keluar dari mulut aku. Perasaan takut mula menyelubungi diri aku. Aku tak
terdaya untuk melakukan apa-apa apabila melihat darah yang banyak itu.
Along yang turut cemas dengan apa yang
berlaku cuba untuk menenangkan ibu sambil mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah ini.
Tidak lama kemudian, along membuat
keputusan untuk menghantar sendiri ibu ke hospital berdekatan. Mujur along
telah mendapat lesen memandunya bulan lepas.
Aku hanya membantu membawa barang yang
patut.
Ketika dalam perjalanan, along memandu
kereta pada had laju yang agak tinggi. Along cemas kerana bimbang tak sempat
membawa ibu ke hospital.
Beberapa minit selepas itu, kami hampir
tiba di hospital. Cuma perlu lepas satu sahaja lagi lampu isyarat. Ketika itu,
along menekan padel minyak dengan lebih kuat dengan harapan dia akan lepas dari
lampu isyarat yang ingin bertukar merah.
Malangnya “Along!”
Segalanya kelam. Kami kemalangan. Sekali
lagi aku melihat banyak darah yang mengalir.
Ibu dah pengsan. Along juga dah tak
sedarkan diri. Aku yang dalam keadaan sedar tak sedar cuba meminta pertolongan.
Mujur orang ramai yang melihat kejadian
itu terus menelefon ambulan dan nasib baik juga hospital hanya berada
bersebelahan dengan tempat kejadian.
Alhamdulillah. Bersyukur yang tiada
penghujung. Aku selamat dari kemalangan. Ibu juga selamat melahirkan bayi
lelaki dan kedua-duanya dalam keadaan sihat. Satu keajaiban yang tidak
disangkal. Itu semua kuasa Allah SAW.
Tetapi along tidak dapat diselamatkan.
Along kehilangan banyak darah akibat dirempuh teruk oleh kereta yang
bertentangan. Along terlebih dahulu meninggalkan kami.
Sejak kemalangan yang tragi situ
menjadikan aku fobia dengan darah termasuk warna merah. Aku juga menjadi trauma
apabila menaiki kereta yang dipandu laju.
Kini sudah enam tahun along meninggalkan
kami sekeluarga dan adik juga sudah berumur 6 tahun.
“Yelah. Angah pergilah siap dulu. Petang
nanti kita pergi sama-sama” ibu setuju dengan permintaan aku.
Petang itu kami anak-beranak termasuk
abah, menziarahi kubur along. Kami membersihkan kubur along dan sedekahkan
Al-Fatihah dan bacaan Yassin pada arwah.
Allah SAW berfirman:
“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan
dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”
Al-Anbiyaa’ 21:35
*kenapa tak call je ambulans?*