The Silent Killer: Soul


Saturday, 5 November 2016

BAHAGIA;

Kelas pendidikan Syariah Islamiah telah tamat. Sementara menunggu cikgu untuk subjek yang seterusnya masuk ke kelas, aku bersidai di koridor kelas buat seketika. Melihat perkarangan sekolah yang luas dan lapang itu membuatkan pemikiranku tenang.

Jam di tangan menunjukkan pukul 9:45 pagi. Bermakna sekarang adalah waktu rehat bagi pelajar pendidikan khas.

Mereka melintasi perkarangan sekolah untuk menuju ke kantin yang terletak bertentangan dengan bangunan yang mereka dududki.

Rehat mereka ditemani oleh cikgu. Berjalan berpegangan tangan bersama cikgu. Siap bergurau senda lagi.

Segaris senyuman terukir dibibirku.

‘Bahagianya hidup mereka’ kata hatiku.

Ramai orang yang menyayangi mereka.. malah mereka dikasihi oleh Allah SAW lebih lagi.
Melihat kebahagiaan orang, aku teringat akan pesan ustaz.

“Kalau nak jadi bahagia, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Bersyukur dengan apa yang kita rasa. Dengan bersyukur, In Syaa Allah kita akan merasai nikmat dalam kebahagiaan. Kita mungkin tak dapat merasai kemewahan seperti orang lain. Melancong sana sini, makan sedap-sedap, rumah besar, duit banyak. Tapi percayalah tanpa izin Allah, orang yang merasai kemewahan itu belum tentu dapat kebahagiaan dalam hidup mereka. Kerana apa? kerana mungkin mereka tak bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang. Sedangkan apa yang mereka dapat sudah melebihi dari keperluan mereka. Nak bahagia tak semestinya perlu kaya. Yang sederhana dan miskin itu pula tak semestinya mereka berada dalam kesedihan. Dengan itu kita mestilah berusaha untuk mendapatkan kebahagiaan dari Allah yang tiada tolok bandingnya, meskipun kita tidak berharta”
Pesan ustaz itu aku semat didada. Di mana sahaja aku berada aku perlu bersyukur. Malah aku juga perlu mencipta kebahagiaan aku sendiri. Bukan asyik melihat sahaja kebahagiaan orang lain. Tetapi kalau dengan melihat kebahagiaan orang lain itu membuatkan kita bahagia teruskan.
Tidak lama selepas itu cikgu tiba di kelas. Aku segera masuk ke kelas untuk meneruskan sesi pembelajaran aku.

Aku perlu teruskan perjuangan aku sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Dunia ini hanya sementara. Segalanya yang kita perolehi hanya bersifat sementara. Yang pasti, redha Allah yang ingin aku kecapi. Wallahua’lam.

#thinkpositive

#begreatfulpeople

No comments:

Post a Comment