April 2012.
Aku berpeluang menyertai kem kepimpinan di sekolah
buat kali pertama. Seronoknya tak terhingga.
Tapi malangnya sehari sebelum kem, aku tidak sihat.
Disebabkan aku dah bayar, aku pergi juga. Aku cuba untuk kuatkan diri aku.
Alhamdulillah sepanjang siang itu aku dapat melakukan
pelbagai aktiviti walaupun keadaan aku agak lemah.
Malam menjelma. Solat maghrib secara berjemaah
diakhiri dengan doa yang dibaca oleh ustaz yang mengimamkan solat kami. Diikuti
sedikit tazkirah ringkas.
Kesejukan di malam hari kian terasa. Sweater yang
tergantung di badan tidak cukup untuk menghangatkan tubuhku yang semakin
membeku.
Selesai tazkirah kami mula untuk menunaikan solat
Isya’. Seperti biasa, aku ni jenis yang kalau dah demam tak sah kalau tak
muntah.
Aku bergegas ke tandas untuk meluahkan segala isi
perut yang ingin keluar. Ketika itu aku tidak bersendirian. Aku ditemani oleh
sahabat baik aku. Entah dari mana dia datang, aku juga tidak menyedari
kehadirannya.
Ya Allah! Baiknya kawan aku seorang ni. Aku tak
sangka dia sanggup temankan aku ke tandas yang
jauh dari surau ni. Sudahlah gelap kawasan ni. Sedangkan orang lain
sibuk menunaikan solat Isya’. Jarang aku dapat layanan macam ni dalam keadaan
yang tak terancang. Kadang aku sendiri pun susah untuk berbuat baik macam tu.
Biasanya orang akan bagi banyak alasan untuk tidak membantu.
Ketika itu membuatkan aku berfikir. Siapa kawan,
siapa lawan.
Selepas itu, kami menunaikan solat Isya’ bersama.
Ikut imam. Walaupun lambat, kesempatan untuk solat berjemaah masih dapat aku
sertai.
[^Ini
tiga tahun yang lepas^]
Aku termenung sendiri di meja kafe kegemaran aku dan
dia. Teringat kisah lama. Kafe ini menjadi kafe kegemaran kami suatu ketika
dahulu dan menjadi tempat kami berjumpa.
Kini sudah masuk tahun yang keempat.
Rindu.
Ya. Aku rindu dia.
Tersangat rindu.
Dah bertahun kami tidak berjumpa. Jejaknya tak dapat
aku kesan. Aku berharap dapat berjumpa dia lagi.
Aku bangun dari tempat dudukku untuk membuat
pembayaran di kaunter untuk secawan coffee yang aku order. Entah macam mana, aku terlanggar
seorang customer di kafe itu.
Beberapa not RM10 yang aku pegang terlepas dari
tangan aku. Aku memohon maaf kerana terlanggar dan orang itu juga memohon maaf
pada aku sambil tangannya laju mengambil duit yang jatuh lalu
memulangkannya pada aku.
Sebaik sahaja aku melihat gerangan siapakah itu.
Mataku terpanar.
“Assalamualaikum sahabat, lama kita tak jumpa.”
Alhamdulillah. Rasa syukur yang tidak terhingga pada Allah SWT.
Firman Allah SAW:
“Mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan
Allah adalah sebaik-baik pengatur rancangan.”
Al-‘Anfal 8:30
No comments:
Post a Comment