The Silent Killer: Soul


Thursday, 10 November 2016

MERAH;

“Assalamualaikum ibu, angah dah balik!” laung aku dari pintu depan yang baru pulang dari kolej.

“Waalaikumussalam. Ibu dekat dapur ni.” Jawab ibu.

Aku terus mendapatkan ibu yang berada di dapur.


“Ibu.”

“Ya. Ada apa angah?”

“Hari ni 20 Aprilkan. Jom kita pergi kubur.” Pinta aku.

Ibu diam seketika dan tidak berjawab. Aku tahu ibu mesti sedih mengenangkan anak sulungnya. Aku juga tak nafikan yang aku turut bersedih. Tapi Allah lebih sayangkan dia.
Imbas kembali…

Enam tahun yang lalu.. ibu sedang sarat mengandungkan adik. Ibu dijangka akan bersalin dua minggu lagi.

Nak dijadikan cerita, ibu bersalin dua minggu lebih awal. Ketika itu aku dan along berada di rumah tetapi abah tidak ada di rumah semasa ibu sakit nak bersalin. Abah berada di luar negeri atas urusan kerja.

Ibu mengerang kesakitan. Aku yang melihat keadaan itu, menjadi kaku. Aku tak tahu nak buat apa. darah keluar dengan sangat banyak.

“Da..darah. Merah” perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut aku. Perasaan takut mula menyelubungi diri aku. Aku tak terdaya untuk melakukan apa-apa apabila melihat darah yang banyak itu.

Along yang turut cemas dengan apa yang berlaku cuba untuk menenangkan ibu sambil mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

Tidak lama kemudian, along membuat keputusan untuk menghantar sendiri ibu ke hospital berdekatan. Mujur along telah mendapat lesen memandunya bulan lepas.

Aku hanya membantu membawa barang yang patut.

Ketika dalam perjalanan, along memandu kereta pada had laju yang agak tinggi. Along cemas kerana bimbang tak sempat membawa ibu ke hospital.

Beberapa minit selepas itu, kami hampir tiba di hospital. Cuma perlu lepas satu sahaja lagi lampu isyarat. Ketika itu, along menekan padel minyak dengan lebih kuat dengan harapan dia akan lepas dari lampu isyarat yang ingin bertukar merah.

Malangnya “Along!”

Segalanya kelam. Kami kemalangan. Sekali lagi aku melihat banyak darah yang mengalir.
Ibu dah pengsan. Along juga dah tak sedarkan diri. Aku yang dalam keadaan sedar tak sedar cuba meminta pertolongan.

Mujur orang ramai yang melihat kejadian itu terus menelefon ambulan dan nasib baik juga hospital hanya berada bersebelahan dengan tempat kejadian.

Alhamdulillah. Bersyukur yang tiada penghujung. Aku selamat dari kemalangan. Ibu juga selamat melahirkan bayi lelaki dan kedua-duanya dalam keadaan sihat. Satu keajaiban yang tidak disangkal. Itu semua kuasa Allah SAW.

Tetapi along tidak dapat diselamatkan. Along kehilangan banyak darah akibat dirempuh teruk oleh kereta yang bertentangan. Along terlebih dahulu meninggalkan kami.

Sejak kemalangan yang tragi situ menjadikan aku fobia dengan darah termasuk warna merah. Aku juga menjadi trauma apabila menaiki kereta yang dipandu laju.

Kini sudah enam tahun along meninggalkan kami sekeluarga dan adik juga sudah berumur 6 tahun.

“Yelah. Angah pergilah siap dulu. Petang nanti kita pergi sama-sama” ibu setuju dengan permintaan aku.

Petang itu kami anak-beranak termasuk abah, menziarahi kubur along. Kami membersihkan kubur along dan sedekahkan Al-Fatihah dan bacaan Yassin pada arwah.

Allah SAW berfirman:

“Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”
                                                                                                                                Al-Anbiyaa’ 21:35  

*kenapa tak call je ambulans?*

No comments:

Post a Comment