The Silent Killer: Soul


Friday, 27 March 2020

PENGALAMAN BELAJAR DI TINGKATAN 6



Haihhh, dah berhabuk entry ini aku biarkan. Bukan apa tiada benda menarik untuk dikongsikan di ruangan ini. But this time ada perkara yang agak penting dan menarik untuk aku kongsikan kepada pembaca semua. Di saat dunia sedang heboh tentang penularan wabak COVID-19 ini, tak banyak benda yang boleh kita lakukan melainkan kuarantin diri dan keluarga dalam rumah, melakukan perkara-perkara yang lebih berfaedah bersama keluarga dan berdoa pada Allah SWT agar virus ini diangkat oleh Yang Maha Esa daripada terus merebak. Semoga semuanya kembali seperti sediakala. In Syaa Allah.
Baiklah, hari ni bukan pasal penyakit itu yang aku nak ceritakan tapi aku nak ceritakan pengalaman aku masuk ke tingkatan 6. Alhamdulillah, kini aku sudah pun menamatkan pengajian aku di tingkatan enam pada bulan 11, 2019. Syukur pada Allah SWT, aku tak sangka yang aku boleh survive masuk form 6.
Firstly, aku nak cerita macam mana aku boleh masuk form 6 ni? jujur aku cakap yang dulu aku tak pernah terfikir pun nak masuk form 6 dan tak akan masuk pun form 6. Tapi benda ni berlaku dengan sangat pantas. Pada asalnya, aku dah fikir masak-masak dah dari sebelum habis spm lagi, kalau boleh aku nak ambik diploma. Sebab masa tu aku dah dapat kesan yang aku ni tak adalah pandai sangat. Ayah aku sarankan aku untuk masuk matrikulasi tapi aku tolak mentah-mentah atas faktor yang aku dapat kesan tadi tulah. Aku budak sains agama. Kalau dah masuk kelas sains dah sah-sahlah akan belajar bio, fizik, kimia bukan? Masa aku form 3 dulu aku teringin sangat nak belajar bio. Sebab tu bila dah masuk form 4 aku buat pilihan untuk ambik subjek bio, fizik, kimia. Tapi untuk kelas aku ni special sikit, kitaorang ada 2 aliran iaitu sains tulen dan akaun. Ada sebahagian kawan-kawan aku ambik akaun dan agama. Sekolah aku ni sekolah SMK biasa je. Aku minat nak belajar bio tu semua tapi setiap kali exam mesti tersungkur (gagal kau tau, kalau dapat cukup makan pun dah rasa gembira sangat) dan tak dapat capai target yang sepatutnya aku kena dapat. Disebabkan hal tu, aku risau sangat akan masa depan aku. Dahla sekarang ni susah nak dapat kerja bagai. Aku suka subjek agama juga macam Bahasa Arab, Al-Quran As-Sunnah dan Syariah Al-Islamiah. Alhamdulillah subjek-subjek ni bagi aku dengan kawan aku satu kelas macam kacang je. Senang nak skor dan semua budak kelas aku boleh skor (*aku bangga dengan kawan2 aku, sob sob). Then, bila dah habis SPM  tu aku cuba berbincang dengan family nak belajar mana dan nak ambik bidang apa. UPU dan Matrikulasi semua aku cuba je apply. Dapat tak dapat belakang cerita. Time ni memang aku dilema habis. Sampai macam nak gaduh dengan ayah n kakak aku, hahahahahaha! Lepastu aku nak cuba belajar bidang yang ke arah agama. Then, entah macam mana aku cuba apply IPB, institut yang ditubuhkan  bawah IIUM tak silap aku dan di bawah bantuan baitulmal (korang boleh google pasal IPB ni). IPB ni hak milik swasta. Kalau dah swasta tu faham-faham jelah kos dia macam mana en. Nak dijadikan cerita aku dapat masuk situ. Bulan 4 tahun berikutnya tak silap. But end up tak pergi pun. Nak tau sebab apa? Sebab ayah aku tak  bagi. Ayah aku nak jimatkan kos belanja dan nak kurangkan masa belajar. Masa tu aku rasa macam malas dah nak pikir. Apa nak jadi jadilah. Tak lama lepastu, bulan berapa entah kawan aku bagi info pasal tawaran kemasukan ke tingkatan 6. Aku pun ada juga tengok kat berita. Aku dengan kawan aku pun cuba2 la semak. Tengok2 aku dengan beberapa orang kawan aku dapat masuk form 6. Kitaorang sama2 dapat kat sabak bernam sekolah Tun Rahah, subjek major agama. Hambik kau! Nak sanagt belajar agama sekali dapat kat form 6. Sekali lagi dilema aku kembali. Aku pun terima tapi aku tak masuk ke Tun Rahah, aku minta tukar ambil sains sosial dan sekolah tu lagi dekat dengan rumah aku. Sekolah harian. So that, aku tak perlu duduk asrama. Just pergi balik rumah dengan sekolah je. Time nak buat keputusan untuk tukar sekolah ni pun, ada juga la sikit komplikasi yang berlaku antara aku dengan family. Tapi tak penting sangat pun. Malas nak cerita panjang2.
Pada tanggal 2 Mei 2018 bermulalah kisah hidup aku sebagai seorang pelajar tingkatan 6. Perasaan masa first day pendaftaran tu, memang takut, gementar habis, nervous tahap gaban dengan tak ada kawan pula. Macam2lah yang aku fikir masa tu. tapi masa tu nasib baik ada mak aku dan aku pun berkepit jelah dengan mak aku sebelum nak gi daftar tu. Aku pulak datang awal 2 jam macam tu memang orang tak ada lagi la (Nampak tak semangat sis dekat situ, ehek). Yang ada senior dengan cikgu2 yang uruskan pendaftaran. Beberapa jam lepastu, makin ramai yang datang dan rasa takut aku hilang bila nampak budak2 yang satu sekolah dengan aku. Time tu tak kesah dah orang tu bukan kawan sekelas ke apa, asalkan orang tu budak satu sekolah dengan aku dulu lepastu kenal terus tegur, lepastu borak2 sebab nak hilangkan rasa takut.
Then seperti biasa seminggu orientasi. Seronok juga orientasi dia (bagi aku la). Aku yang introvert boleh jadi extrovert pula. Dengan semua orang aku boleh ngam lepastu sifat berani dalam diri aku ni tiba2 terbina la sikit2. Time orientasi tu macam2 kitaorang buat contohnya menari, menyanyi, pertandingan berlakon, pidato b.melayu dan English, dengar taklimat tentang setiap subjek yang ditawarkan dan banyak lagi.
Sesi orientasi tamat. Pelajar diminta untuk daftar untuk masuk ke kelas mana mengikut pakej subjek yang ditawarkan. Aku pilih kelas kedua. Bapak ah! Dia punya ramai tu sampai kelas aku ni tak muat duduk kelas, so kitaorang diarahkan untuk duduk bilik mensyuarat guru2. Pening kepala cikgu2 time tu sebab ramai sangat. Tapi time tu cikgu yakin lepas result upu keluar mesti ramai yang akan keluar. Beberapa bulan lepastu Berjaya la jugak kelas aku ni berkurang ahlinya sampai 50 orang. Bila dah start sesi pembelajaran tu, aku masih berkira-kira betul ke stpm ni susah? So start dari sini aku tekad untuk cari jawapan dan cuba nak buktikan dekat semua orang khususnya kepada pelajar2 yang stpm tak seseram yang dorang fikirkan (termasuk aku).
Sesi pembelajaran bermula pada pertengahan bulan 5. Masa ni dah start bulan Ramadan. Setiap kali sesi pembelajaran aku memberi sepenuh perhatian terhadap cikgu. Setiap kerja yang cikgu bagi aku siapkan dengan betul dan cepat. Kalau tak faham, aui terus tanya cikgu atau kawan2 yang lebih arif mengikut subjek. Macam2 inisiatif aku buat supaya aku tak terlepas pandang dan lupa apa yang cikgu ajar. Aku cuba mendekati kawan2 aku yang cerdik dalam kelas aku. Kalau tak faham dan tak tau jawapan aku akan minta kawan aku yang tahu tu ajarkan. Bila balik rumah pulak aku buat extra latihan. Cuba untuk praktikkan supaya jadi kebiasaan especially subjek ekonomi. Macam kelas aku, subjek yang ditawarkan ialah Pengajian Am(subjek teras), MUET(subjek teras), Geografi, Ekonomi, Bahasa Melayu. Di saat pelajar lain berlayu-layuan akibat keletihan berpuasa, aku mengambil peluang itu dengan teguhkan iman, teguhkan hati untuk terus semangat belajar (cewahhhh! cenggitu ayat sis bagi untuk terangkan situasi semasa). Hadam setiap bicara yang keluar dari mulut cikgu, buat nota (walaupun nota tu kau kena salin dari buku teks balik) tapi aku percaya dengan cara cikgu ini hanyalah semata-mata untuk bagi kitaorang baca satu buku teks tu dan fahamkan. Tiap pagi pulak bila tengah beratur dekat dataran tu aku pun buka la buku apa je yang ada dalam beg untuk dibaca. Sekurang-kurangnya dengan sedikit usaha macam ni membantu kita untuk ingat sikit2.
Bila exam sem 1 nak dekat, cikgu punya pulun, kami yang pelajar ni lagi pulun. Dah la first time nak jawab exam, takut, debar, semua ada. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Yang tak lancarnya bila ada je yang keluar dewan periksa tu meraung tersalah jawapan la, tak sempat jawab la, nak repeat paper la, macam2.
Semua rutin yang aku buat time sem 1 berlarutan sampailah ke sem 3 iaitu sem akhir belajar. Alhamdulillah, untuk sem 1 aku dapat mencapai target aku. Aku dapat result yang cukup untuk membanggakan diri sendiri dalam misi untuk mencari jawapan dan membuktikkan kehebatan belajar di tingkatan 6 TIDAK TERUK. Namun demikian, result aku di sem 2 menurun sikit dan tak mencapai target. Masa tu rasa down sikit, tapi cikgu ekonomi antara cikgu yang aku sayang bagi semangat kat aku. Katanya ‘mungkin masalah teknikal saja, tak apa cuba lagi’. Masa ni aku menangis kau tau. Dahla dekat dataran, bahagian lelaki pula tu. Aku sedih sebab rasa macam dah hampakan harapan cikgu. Masa tu aku nak hantar kerja kursus je pun, tiba-tiba dah macam drama sembilu pula kat situ.
Sem 3 merupakan sem yang kau tak boleh nak patah balik dan buat sebarang ulangan. Senang cerita memang kena all out habis. Sebabnya, untuk sem 1 dan sem 2 pelajar boleh ambil paper ulangan kalau gagal atau pun nak naikkan pointer. Tapi untuk sem 3 memang tak dapat la. Sekali lagi, aku dah cuba sehabis baik untuk dapat result yang flying colours gitu, tapi Allah itu Maha Adil. Result aku jatuh lagi. Aku sedih wei time ni. Terkilan. Tapi aku cuba fikir positif, mungkin Allah SWT nak ajar aku sesuatu dan Dia juga nak beri aku sesuatu, suatu hari nanti kelak. Aku ada juga ambil paper ulangan untuk sem 1 dan sem 2. Alhamdulillah, ada yang meningkat. Syukur. Aku buat kiraan kasar untuk result keseluruhan, apa yang aku kira tu tak mencapai target tapi melepasi tahap minimum yang aku letak untuk diri aku.
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Pada tanggal 25 Februari 2020 merupakan tarikh keramat buat semua calon2 STPM sesi 2018/2019. Result STPM keluar.  Semua yang hadir pada hari itu, menanti dengan penuh debar. Result keluar pukul 12. Tapi dah setangah jam cikgu tak umumkan lagi. Mungkin cikgu pun tengah kelam kabut susun result ikut ranking. So aku dengan kawan2 aku apa lagi, kitaorang terus buka laman web mpm then terus check online. Ya Allah, rasa nak nangis bila tengok result sendiri dengan kawan yang lain. Rasa macam miracle berlaku. Result aku meningkat naik mendadak. Kawan2 aku yang lain pun sama. Ada kawan aku sampai terjerit, satu dewan dengar hahahahahaha. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Yang Maha Kuasa. Sungguh! Ini satu anugerah yang terindah buat aku. Sekali gus telah menempatkan aku dalam senarai pelajar cemerlang dan aku berada di sepuluh yang teratas. Terkejut bukan? Aku pun macam tak percaya. Paling membanggakan pihak sekolah adalah sekolah kami 100% lulus dan PNGK sekolah meningkat. Dulu aku pernah cakap dalam hati bila setiap kali tengok majalah sekolah bahagian senarai pelajar cemerlang stpm, ‘Aku akan pastikan nama aku tersenarai dalam ni’. Kini impian menjadi kenyataan. Aku dapat jawapan yang STPM ni tak teruk tapi MENYERONOKKAN! Sekaligus dapat buktikan kat orang2 yang dulunya memperlekehkan kedudukan budak stpm kat Malaysia ni. Perasaan aku, aku suka dan seronok belajar di tingkatan 6. #survive menjadi tanda pagar rasmi untuk aku dan kawan2. #Survive #Syukur

P/s: setiap orang berbeza pandangan dan pendapat. Ini pandangan dan pendapat aku. Setiap orang juga berbeza penerimaan mereka dan ini penerimaan aku.

Soalan lazim:
1. susah tak belajar? Cara belajar macam mana? Surrounding belajar macam mana?
Nak kata susah tu mungkin setiap orang berbeza mengikut kemampuan korang terhadap subjek yang korang ambil. Bagi aku time belajar tu tak susah pun. Seronok je. Kalau korang ikut cakap cikgu confirm korang boleh ikut perjalanan nak belajar tu dengan baik. Tapi bila exam tu pula, aku ni ada masalah sikit di mana time cikgu buat test dan trial aku boleh je buat semua. Result pun tiptop la. Tapi bila exam sebenar aku susah sikit nak jawab sedangkan soalan dia senang dan soalan tu biasa muncul bila cikgu buat test. Itu jelah masalah aku yang menyebabkan result aku turun. Nervous sangat sampai tak boleh nak fikir dengan baik dan memberikan jawapan yang terbaik untuk mpm. Its ok, benda ni boleh settle kalau tahu caranya.
Cara dan surrounding belajar tu pula mengikut tempat juga. Kalau korang dapat duduk kolej tingkatan 6 seronok la sikit sebab macam kat uni. Ada asrama semua. Tapi macam aku sekolah SMK biasa (sekolah aku ni sekolah kampung je, bukan bandar k). Jadi bila pergi sekolah tu mesti akan bertembung dengan pelajar arus perdana. Pergi sekolah macam biasa 7 pagi sampai 2:30 petang. Macam sekolah aku ni berada di Mod 3 iaitu pelajar sekolah menengah biasa dan pelajar tingkatan 6 berada di bawah satu pentadbiran yang sama dan hanya ada seorang guru besar. Kalau Mod 2 pula, satu sekolah tapi ada 2 pentadbiran dan 2 guru besar. Mod 1 ialah kolej tingkatan 6. Tapi jangan risau, segala aktiviti Majlis Pelajar Tingkatan Enam (MPTE) tak akan bercampur dengan pelajar arus perdana. Contohnya, tempat berkumpul (kecuali hari isnin dan jumaat), bilik darjah, aktiviti kokurikulum. Tapi untuk sukan kamilah yang menjadi barisan atas dan akan bergabung dengan pelajar arus perdana.
2. pakaian?
Jangan risau dik pasal pakaian. Sekarang form 6 dah moden. Pakai baju smart casual. Kami juga ada kad matrik macam budak uni pakai.

SEKIAN TAMAT……

-na

16 comments:

  1. Nak tanye sains sosial tu sains sukan ke ?atau 2sub ni berbeza

    ReplyDelete
    Replies
    1. sains sosial dengan sains sukan tak sama. sains sukan berada di bawah aliran sains dan matematik. Untuk lebih detail, kamu boleh klik link ni https://www.studymalaysia.com/education/top-stories/memilih-program-pra-universiti-yang-tepat-untuk-anda-stpm. harap dapat membantu 🙏

      Delete
  2. Nak tanya skrg ni kan covid, pelajar form 6 kena belajar online atau face to face?

    ReplyDelete
  3. Nk tanya tentang pembelian buku nota/teks utk form 6..biasanya beli di mana? Beli di sekolah atau beli diluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya buku beli sendiri dekat kedai buku luar. and utk form 6 ni tak ada buku teks yang spesifik pun. ikut pada cikgu juga. if cikgu suruh beli buku yang macam cikgu tu guna, then belilah macam tu. lepastu kadang2 ada juga cikgu yang guna buku yang ditulis oleh guru2 form 6. means buku tu tak ada jual dekat pasaran. kalau macam ni boleh collect duit 1 kelas utk beli sama2.

      Delete
    2. lepastu cikgu2 pun banyak bagi nota tambahan yang sangat2 berguna.

      Delete
  4. nak tanya mmg pakaian kena kemeja t je ke ? Tshirt tak boleh ? Ataupun hoodie ? Kasut bertutup selain sportshoes , heels rendah boleh ke ? Seluar pulak mcm mna ? Slack saja ka ? Palazzo dibenarkan tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk lelaki, yes kena pakai kemeja lengan pendek/panjang. bg non-muslim (perempuan, boleh pakai either kemeja/kurung) setakat ni tak ada lagi org pergi kelas pakai t-shirt😅. Pasal heels pula, pakai yg normal heels setakat 1 inch tu pun ok dah. bukan apa sakit kaki awak nak naik tangga bangunan tiap hari nanti😂 kasut saya yang 1.5 inch tu pun cukup buat saya terseksa nk naik kelas tingkat 4 everyday hahaha. Kalau sekolah tu ada lift takpe juga. sluar slack untuk untuk perempuan boleh je tp makesure tak ketat la. palazzo pun boleh je pakai. tapi ikut juga la peraturan sekolah awak mcm mana. macam sekolah saya, girls suka pakai skirt labuh hitam dengan blouse. sopan je🥰

      Delete
  5. saya aliran sains , dengar kata stpm aliran sains susah , ramai tukar amik aliran kemanusiaan , katakanlah kalau saya amik aliran kemanusiaan, nnti masuk University saya nak sambung apa ? Ada rasa rugi sikit la f4 f5 amik aliran sains pastu tukar ke aliran lain , tapi risau kalau tak tukar tak leh bawak subjek tu ,

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul, mostly cakap aliran sains stpm susah (yg bio, physic, chemist). Tapi saya tak pastilah tahap susah dia mcm. mungkin awak boleh tanya senior yang pernah ambil stpm aliran sains. lagi pun, bidang yang kita akan dapat untuk masuk stpm ni, dipilih oleh kementerian pelajaran berdasarkn result spm kita. macam saya dulu dapat bidang agama, tp saya tukar ke aliran sain sosial sbb nak tukar angin (kononnya
      😂). insyaAllah awak buat yg terbaik untuk stpm awak, nnti bila sampai masa untuk apply upu amik degree mcm2 cabang awak boleh dpt. saya bg cth kwn2 sekelas saya yg 50 org tu...saya tak sangka ada antara kami dapat tawaran yg lebih baik drpd saya, sedgkn masa belajar dulu ramai yg main2.


      mcm kami belajar ambil kelas pilihan subjek geografi & ekonomi. jd ramai dapat tawaran seperti:

      -perancangan bandar & wilayah (uitm)
      -pentadbiran perniagaan (uitm)
      -perniagaan (uitm)
      -pengurusan sistem maklumat (uitm)
      -keusahawanan (umk)
      -sains gunaan (geosains, sains sumber asli) (umk)
      -kaunseling (umt)
      -ekonomi sumber alam (umt)
      -pengurusan pengajian polisi (umt)
      -pengurusan maritim (umt)
      -pendidikan (teknologi maklumat) (upsi)
      -seni persembahan teater (upsi)
      -tesl (upsi)
      -sains sosial (sains pembangunan) (ukm) - *inilah calssmate saya yg tak disangka-sangka dapt tawaran bagus mcm ni. dia sendiri pun tak percaya boleh dpt course ni & sekarang tgh study di ukm. jd budak suksis lagi😊
      -pentadbiran perniagaan (ukm)
      -sains ekonomi (uum)
      -sains sosial (kajian khidmat sosial) (unimas - *yg ni pula tak lama lagi nk fly ke sarawak sdah😊
      -perniagaan antarabangsa (ums)
      -pengurusan teknologi (utm)

      haaa! banyakkan. mcm2 tawaran mereka dapat. walupun ada course yg tak selari dengan apa yg diambil waktu form6, tp pilihan tu tetap ada. dan pilihan ni smua atas diri msing2. tanya pada diri apa yg kamu nak ceburi.

      pasal rugi untung tu, selagi mana kamu sedang mencari ilmu dan mempelajarinya ia bukan satu kerugian. ikut pada kemampuan awak kalau rasa tak mampu nk bawa.

      Delete
    2. ada tak yg dapat course degree accounting/banking?saya stpm sem2💗

      Delete
    3. Setakat yang saya tahu, batch saya tak ada yang dpt accounting/banking. tak tahulah sama ada mereka tak mohon/mmg tak dpt. kebanyakkan mohon kursus berkaitan keusahawanan. and ramai juga yang buat permohonan upu untuk 2nd intake.
      semoga urusan pelajaran kamu dipermudahkan✨ insyaAllah jiwa dan mental calon2 stpm smua kental2💪🤟 enjoy the process k. Selamat maju jaya!😊🌹

      Delete
  6. Jadi pemakainya cuma boleh kemeja T berkolar jeke ? Hoodie semua tu tak dibenarkan ? Selain seluar slack , palazzo boleh pakai ke ? kasut bertutup kalau tak pakai sport shoes , kasut heels bertutup yg rendah dibenarkan tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kemeja t berkolar. tak casual la awak kalu pakai hoodie pergi kelas😅. palazzo boleh, slack boleh (asal tak ketat). ya kasut bertutup. heels rendah bertutup boleh😊👍🏻

      Delete
  7. kalau f6 diwajibkan pakai tudung ke? also kalau pakai kemeja kena tuck in tak?

    ReplyDelete