Haihhh, dah berhabuk entry ini
aku biarkan. Bukan apa tiada benda menarik untuk dikongsikan di ruangan ini.
But this time ada perkara yang agak penting dan menarik untuk aku kongsikan
kepada pembaca semua. Di saat dunia sedang heboh tentang penularan wabak
COVID-19 ini, tak banyak benda yang boleh kita lakukan melainkan kuarantin diri
dan keluarga dalam rumah, melakukan perkara-perkara yang lebih berfaedah
bersama keluarga dan berdoa pada Allah SWT agar virus ini diangkat oleh Yang
Maha Esa daripada terus merebak. Semoga semuanya kembali seperti sediakala. In
Syaa Allah.
Baiklah, hari ni bukan pasal
penyakit itu yang aku nak ceritakan tapi aku nak ceritakan pengalaman aku masuk
ke tingkatan 6. Alhamdulillah, kini aku sudah pun menamatkan pengajian aku di
tingkatan enam pada bulan 11, 2019. Syukur pada Allah SWT, aku tak sangka yang
aku boleh survive masuk form 6.
Firstly, aku nak cerita macam
mana aku boleh masuk form 6 ni? jujur aku cakap yang dulu aku tak pernah
terfikir pun nak masuk form 6 dan tak akan masuk pun form 6. Tapi benda ni
berlaku dengan sangat pantas. Pada asalnya, aku dah fikir masak-masak dah dari
sebelum habis spm lagi, kalau boleh aku nak ambik diploma. Sebab masa tu aku
dah dapat kesan yang aku ni tak adalah pandai sangat. Ayah aku sarankan aku
untuk masuk matrikulasi tapi aku tolak mentah-mentah atas faktor yang aku dapat
kesan tadi tulah. Aku budak sains agama. Kalau dah masuk kelas sains dah sah-sahlah
akan belajar bio, fizik, kimia bukan? Masa aku form 3 dulu aku teringin sangat
nak belajar bio. Sebab tu bila dah masuk form 4 aku buat pilihan untuk ambik
subjek bio, fizik, kimia. Tapi untuk kelas aku ni special sikit, kitaorang ada
2 aliran iaitu sains tulen dan akaun. Ada sebahagian kawan-kawan aku ambik
akaun dan agama. Sekolah aku ni sekolah SMK biasa je. Aku minat nak belajar bio
tu semua tapi setiap kali exam mesti tersungkur (gagal kau tau, kalau dapat
cukup makan pun dah rasa gembira sangat) dan tak dapat capai target yang
sepatutnya aku kena dapat. Disebabkan hal tu, aku risau sangat akan masa depan
aku. Dahla sekarang ni susah nak dapat kerja bagai. Aku suka subjek agama juga
macam Bahasa Arab, Al-Quran As-Sunnah dan Syariah Al-Islamiah. Alhamdulillah
subjek-subjek ni bagi aku dengan kawan aku satu kelas macam kacang je. Senang
nak skor dan semua budak kelas aku boleh skor (*aku bangga dengan kawan2 aku,
sob sob). Then, bila dah habis SPM tu
aku cuba berbincang dengan family nak belajar mana dan nak ambik bidang apa.
UPU dan Matrikulasi semua aku cuba je apply. Dapat tak dapat belakang cerita.
Time ni memang aku dilema habis. Sampai macam nak gaduh dengan ayah n kakak
aku, hahahahahaha! Lepastu aku nak cuba belajar bidang yang ke arah agama. Then,
entah macam mana aku cuba apply IPB, institut yang ditubuhkan bawah IIUM tak silap aku dan di bawah bantuan
baitulmal (korang boleh google pasal IPB ni). IPB ni hak milik swasta. Kalau
dah swasta tu faham-faham jelah kos dia macam mana en. Nak dijadikan cerita aku
dapat masuk situ. Bulan 4 tahun berikutnya tak silap. But end up tak pergi
pun. Nak tau sebab apa? Sebab ayah aku tak
bagi. Ayah aku nak jimatkan kos belanja dan nak kurangkan masa belajar.
Masa tu aku rasa macam malas dah nak pikir. Apa nak jadi jadilah. Tak lama
lepastu, bulan berapa entah kawan aku bagi info pasal tawaran kemasukan ke
tingkatan 6. Aku pun ada juga tengok kat berita. Aku dengan kawan aku pun cuba2
la semak. Tengok2 aku dengan beberapa orang kawan aku dapat masuk form 6. Kitaorang
sama2 dapat kat sabak bernam sekolah Tun Rahah, subjek major agama. Hambik kau!
Nak sanagt belajar agama sekali dapat kat form 6. Sekali lagi dilema aku
kembali. Aku pun terima tapi aku tak masuk ke Tun Rahah, aku minta tukar ambil
sains sosial dan sekolah tu lagi dekat dengan rumah aku. Sekolah harian. So
that, aku tak perlu duduk asrama. Just pergi balik rumah dengan sekolah je.
Time nak buat keputusan untuk tukar sekolah ni pun, ada juga la sikit
komplikasi yang berlaku antara aku dengan family. Tapi tak penting sangat pun.
Malas nak cerita panjang2.
Pada tanggal 2 Mei 2018
bermulalah kisah hidup aku sebagai seorang pelajar tingkatan 6. Perasaan masa
first day pendaftaran tu, memang takut, gementar habis, nervous tahap gaban
dengan tak ada kawan pula. Macam2lah yang aku fikir masa tu. tapi masa tu nasib
baik ada mak aku dan aku pun berkepit jelah dengan mak aku sebelum nak gi
daftar tu. Aku pulak datang awal 2 jam macam tu memang orang tak ada lagi la
(Nampak tak semangat sis dekat situ, ehek). Yang ada senior dengan cikgu2 yang
uruskan pendaftaran. Beberapa jam lepastu, makin ramai yang datang dan rasa
takut aku hilang bila nampak budak2 yang satu sekolah dengan aku. Time tu tak
kesah dah orang tu bukan kawan sekelas ke apa, asalkan orang tu budak satu
sekolah dengan aku dulu lepastu kenal terus tegur, lepastu borak2 sebab nak
hilangkan rasa takut.
Then seperti biasa seminggu
orientasi. Seronok juga orientasi dia (bagi aku la). Aku yang introvert boleh
jadi extrovert pula. Dengan semua orang aku boleh ngam lepastu sifat berani
dalam diri aku ni tiba2 terbina la sikit2. Time orientasi tu macam2 kitaorang
buat contohnya menari, menyanyi, pertandingan berlakon, pidato b.melayu dan
English, dengar taklimat tentang setiap subjek yang ditawarkan dan banyak lagi.
Sesi orientasi tamat. Pelajar
diminta untuk daftar untuk masuk ke kelas mana mengikut pakej subjek yang
ditawarkan. Aku pilih kelas kedua. Bapak ah! Dia punya ramai tu sampai kelas
aku ni tak muat duduk kelas, so kitaorang diarahkan untuk duduk bilik
mensyuarat guru2. Pening kepala cikgu2 time tu sebab ramai sangat. Tapi time tu
cikgu yakin lepas result upu keluar mesti ramai yang akan keluar. Beberapa
bulan lepastu Berjaya la jugak kelas aku ni berkurang ahlinya sampai 50 orang.
Bila dah start sesi pembelajaran tu, aku masih berkira-kira betul ke stpm ni
susah? So start dari sini aku tekad untuk cari jawapan dan cuba nak buktikan
dekat semua orang khususnya kepada pelajar2 yang stpm tak seseram yang dorang
fikirkan (termasuk aku).
Sesi pembelajaran bermula pada
pertengahan bulan 5. Masa ni dah start bulan Ramadan. Setiap kali sesi
pembelajaran aku memberi sepenuh perhatian terhadap cikgu. Setiap kerja yang
cikgu bagi aku siapkan dengan betul dan cepat. Kalau tak faham, aui terus tanya
cikgu atau kawan2 yang lebih arif mengikut subjek. Macam2 inisiatif aku buat
supaya aku tak terlepas pandang dan lupa apa yang cikgu ajar. Aku cuba
mendekati kawan2 aku yang cerdik dalam kelas aku. Kalau tak faham dan tak tau
jawapan aku akan minta kawan aku yang tahu tu ajarkan. Bila balik rumah pulak
aku buat extra latihan. Cuba untuk praktikkan supaya jadi kebiasaan especially
subjek ekonomi. Macam kelas aku, subjek yang ditawarkan ialah Pengajian Am(subjek
teras), MUET(subjek teras), Geografi, Ekonomi, Bahasa Melayu. Di saat pelajar
lain berlayu-layuan akibat keletihan berpuasa, aku mengambil peluang itu dengan
teguhkan iman, teguhkan hati untuk terus semangat belajar (cewahhhh! cenggitu
ayat sis bagi untuk terangkan situasi semasa). Hadam setiap bicara yang keluar
dari mulut cikgu, buat nota (walaupun nota tu kau kena salin dari buku teks
balik) tapi aku percaya dengan cara cikgu ini hanyalah semata-mata untuk bagi
kitaorang baca satu buku teks tu dan fahamkan. Tiap pagi pulak bila tengah
beratur dekat dataran tu aku pun buka la buku apa je yang ada dalam beg untuk
dibaca. Sekurang-kurangnya dengan sedikit usaha macam ni membantu kita untuk
ingat sikit2.
Bila exam sem 1 nak dekat, cikgu
punya pulun, kami yang pelajar ni lagi pulun. Dah la first time nak jawab exam,
takut, debar, semua ada. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Yang
tak lancarnya bila ada je yang keluar dewan periksa tu meraung tersalah jawapan
la, tak sempat jawab la, nak repeat paper la, macam2.
Semua rutin yang aku buat time
sem 1 berlarutan sampailah ke sem 3 iaitu sem akhir belajar. Alhamdulillah,
untuk sem 1 aku dapat mencapai target aku. Aku dapat result yang cukup untuk
membanggakan diri sendiri dalam misi untuk mencari jawapan dan membuktikkan
kehebatan belajar di tingkatan 6 TIDAK TERUK. Namun demikian, result aku di sem
2 menurun sikit dan tak mencapai target. Masa tu rasa down sikit, tapi cikgu
ekonomi antara cikgu yang aku sayang bagi semangat kat aku. Katanya ‘mungkin masalah
teknikal saja, tak apa cuba lagi’. Masa ni aku menangis kau tau. Dahla dekat
dataran, bahagian lelaki pula tu. Aku sedih sebab rasa macam dah hampakan
harapan cikgu. Masa tu aku nak hantar kerja kursus je pun, tiba-tiba dah macam
drama sembilu pula kat situ.
Sem 3 merupakan sem yang kau tak
boleh nak patah balik dan buat sebarang ulangan. Senang cerita memang kena all
out habis. Sebabnya, untuk sem 1 dan sem 2 pelajar boleh ambil paper ulangan
kalau gagal atau pun nak naikkan pointer. Tapi untuk sem 3 memang tak dapat la.
Sekali lagi, aku dah cuba sehabis baik untuk dapat result yang flying colours
gitu, tapi Allah itu Maha Adil. Result aku jatuh lagi. Aku sedih wei time ni.
Terkilan. Tapi aku cuba fikir positif, mungkin Allah SWT nak ajar aku sesuatu
dan Dia juga nak beri aku sesuatu, suatu hari nanti kelak. Aku ada juga ambil
paper ulangan untuk sem 1 dan sem 2. Alhamdulillah, ada yang meningkat. Syukur.
Aku buat kiraan kasar untuk result keseluruhan, apa yang aku kira tu tak
mencapai target tapi melepasi tahap minimum yang aku letak untuk diri aku.
Hari yang dinanti-nantikan telah
tiba. Pada tanggal 25 Februari 2020 merupakan tarikh keramat buat semua calon2
STPM sesi 2018/2019. Result STPM keluar.
Semua yang hadir pada hari itu, menanti dengan penuh debar. Result
keluar pukul 12. Tapi dah setangah jam cikgu tak umumkan lagi. Mungkin cikgu
pun tengah kelam kabut susun result ikut ranking. So aku dengan kawan2 aku apa
lagi, kitaorang terus buka laman web mpm then terus check online. Ya Allah,
rasa nak nangis bila tengok result sendiri dengan kawan yang lain. Rasa macam
miracle berlaku. Result aku meningkat naik mendadak. Kawan2 aku yang lain pun
sama. Ada kawan aku sampai terjerit, satu dewan dengar hahahahahaha.
Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga kepada Yang Maha Kuasa. Sungguh! Ini
satu anugerah yang terindah buat aku. Sekali gus telah menempatkan aku dalam
senarai pelajar cemerlang dan aku berada di sepuluh yang teratas. Terkejut
bukan? Aku pun macam tak percaya. Paling membanggakan pihak sekolah adalah
sekolah kami 100% lulus dan PNGK sekolah meningkat. Dulu aku pernah cakap dalam
hati bila setiap kali tengok majalah sekolah bahagian senarai pelajar cemerlang
stpm, ‘Aku akan pastikan nama aku tersenarai dalam ni’. Kini impian menjadi
kenyataan. Aku dapat jawapan yang STPM ni tak teruk tapi MENYERONOKKAN!
Sekaligus dapat buktikan kat orang2 yang dulunya memperlekehkan kedudukan budak
stpm kat Malaysia ni. Perasaan aku, aku suka dan seronok belajar di tingkatan
6. #survive menjadi tanda pagar rasmi untuk aku dan kawan2. #Survive #Syukur
P/s: setiap orang berbeza
pandangan dan pendapat. Ini pandangan dan pendapat aku. Setiap orang juga
berbeza penerimaan mereka dan ini penerimaan aku.
Soalan lazim:
1. susah tak belajar? Cara
belajar macam mana? Surrounding belajar macam mana?
Nak kata susah tu mungkin setiap
orang berbeza mengikut kemampuan korang terhadap subjek yang korang ambil. Bagi
aku time belajar tu tak susah pun. Seronok je. Kalau korang ikut cakap cikgu
confirm korang boleh ikut perjalanan nak belajar tu dengan baik. Tapi bila exam
tu pula, aku ni ada masalah sikit di mana time cikgu buat test dan trial aku
boleh je buat semua. Result pun tiptop la. Tapi bila exam sebenar aku susah
sikit nak jawab sedangkan soalan dia senang dan soalan tu biasa muncul bila
cikgu buat test. Itu jelah masalah aku yang menyebabkan result aku turun.
Nervous sangat sampai tak boleh nak fikir dengan baik dan memberikan jawapan
yang terbaik untuk mpm. Its ok, benda ni boleh settle kalau tahu caranya.
Cara dan surrounding belajar tu
pula mengikut tempat juga. Kalau korang dapat duduk kolej tingkatan 6 seronok
la sikit sebab macam kat uni. Ada asrama semua. Tapi macam aku sekolah SMK
biasa (sekolah aku ni sekolah kampung je, bukan bandar k). Jadi bila pergi
sekolah tu mesti akan bertembung dengan pelajar arus perdana. Pergi sekolah
macam biasa 7 pagi sampai 2:30 petang. Macam sekolah aku ni berada di Mod 3
iaitu pelajar sekolah menengah biasa dan pelajar tingkatan 6 berada di bawah
satu pentadbiran yang sama dan hanya ada seorang guru besar. Kalau Mod 2 pula, satu
sekolah tapi ada 2 pentadbiran dan 2 guru besar. Mod 1 ialah kolej tingkatan 6.
Tapi jangan risau, segala aktiviti Majlis Pelajar Tingkatan Enam (MPTE) tak
akan bercampur dengan pelajar arus perdana. Contohnya, tempat berkumpul
(kecuali hari isnin dan jumaat), bilik darjah, aktiviti kokurikulum. Tapi untuk
sukan kamilah yang menjadi barisan atas dan akan bergabung dengan pelajar arus
perdana.
2. pakaian?
Jangan risau dik pasal pakaian.
Sekarang form 6 dah moden. Pakai baju smart casual. Kami juga ada kad matrik
macam budak uni pakai.
SEKIAN TAMAT……
-na
Nak tanye sains sosial tu sains sukan ke ?atau 2sub ni berbeza
ReplyDeletesains sosial dengan sains sukan tak sama. sains sukan berada di bawah aliran sains dan matematik. Untuk lebih detail, kamu boleh klik link ni https://www.studymalaysia.com/education/top-stories/memilih-program-pra-universiti-yang-tepat-untuk-anda-stpm. harap dapat membantu 🙏
DeleteNak tanya skrg ni kan covid, pelajar form 6 kena belajar online atau face to face?
ReplyDeleteBuat masa sekarang mmg semua secara online
DeleteNk tanya tentang pembelian buku nota/teks utk form 6..biasanya beli di mana? Beli di sekolah atau beli diluar?
ReplyDeletebiasanya buku beli sendiri dekat kedai buku luar. and utk form 6 ni tak ada buku teks yang spesifik pun. ikut pada cikgu juga. if cikgu suruh beli buku yang macam cikgu tu guna, then belilah macam tu. lepastu kadang2 ada juga cikgu yang guna buku yang ditulis oleh guru2 form 6. means buku tu tak ada jual dekat pasaran. kalau macam ni boleh collect duit 1 kelas utk beli sama2.
Deletelepastu cikgu2 pun banyak bagi nota tambahan yang sangat2 berguna.
Deletenak tanya mmg pakaian kena kemeja t je ke ? Tshirt tak boleh ? Ataupun hoodie ? Kasut bertutup selain sportshoes , heels rendah boleh ke ? Seluar pulak mcm mna ? Slack saja ka ? Palazzo dibenarkan tak ?
ReplyDeleteuntuk lelaki, yes kena pakai kemeja lengan pendek/panjang. bg non-muslim (perempuan, boleh pakai either kemeja/kurung) setakat ni tak ada lagi org pergi kelas pakai t-shirt😅. Pasal heels pula, pakai yg normal heels setakat 1 inch tu pun ok dah. bukan apa sakit kaki awak nak naik tangga bangunan tiap hari nanti😂 kasut saya yang 1.5 inch tu pun cukup buat saya terseksa nk naik kelas tingkat 4 everyday hahaha. Kalau sekolah tu ada lift takpe juga. sluar slack untuk untuk perempuan boleh je tp makesure tak ketat la. palazzo pun boleh je pakai. tapi ikut juga la peraturan sekolah awak mcm mana. macam sekolah saya, girls suka pakai skirt labuh hitam dengan blouse. sopan je🥰
Deletesaya aliran sains , dengar kata stpm aliran sains susah , ramai tukar amik aliran kemanusiaan , katakanlah kalau saya amik aliran kemanusiaan, nnti masuk University saya nak sambung apa ? Ada rasa rugi sikit la f4 f5 amik aliran sains pastu tukar ke aliran lain , tapi risau kalau tak tukar tak leh bawak subjek tu ,
ReplyDeletehaah betul, mostly cakap aliran sains stpm susah (yg bio, physic, chemist). Tapi saya tak pastilah tahap susah dia mcm. mungkin awak boleh tanya senior yang pernah ambil stpm aliran sains. lagi pun, bidang yang kita akan dapat untuk masuk stpm ni, dipilih oleh kementerian pelajaran berdasarkn result spm kita. macam saya dulu dapat bidang agama, tp saya tukar ke aliran sain sosial sbb nak tukar angin (kononnya
Delete😂). insyaAllah awak buat yg terbaik untuk stpm awak, nnti bila sampai masa untuk apply upu amik degree mcm2 cabang awak boleh dpt. saya bg cth kwn2 sekelas saya yg 50 org tu...saya tak sangka ada antara kami dapat tawaran yg lebih baik drpd saya, sedgkn masa belajar dulu ramai yg main2.
mcm kami belajar ambil kelas pilihan subjek geografi & ekonomi. jd ramai dapat tawaran seperti:
-perancangan bandar & wilayah (uitm)
-pentadbiran perniagaan (uitm)
-perniagaan (uitm)
-pengurusan sistem maklumat (uitm)
-keusahawanan (umk)
-sains gunaan (geosains, sains sumber asli) (umk)
-kaunseling (umt)
-ekonomi sumber alam (umt)
-pengurusan pengajian polisi (umt)
-pengurusan maritim (umt)
-pendidikan (teknologi maklumat) (upsi)
-seni persembahan teater (upsi)
-tesl (upsi)
-sains sosial (sains pembangunan) (ukm) - *inilah calssmate saya yg tak disangka-sangka dapt tawaran bagus mcm ni. dia sendiri pun tak percaya boleh dpt course ni & sekarang tgh study di ukm. jd budak suksis lagi😊
-pentadbiran perniagaan (ukm)
-sains ekonomi (uum)
-sains sosial (kajian khidmat sosial) (unimas - *yg ni pula tak lama lagi nk fly ke sarawak sdah😊
-perniagaan antarabangsa (ums)
-pengurusan teknologi (utm)
haaa! banyakkan. mcm2 tawaran mereka dapat. walupun ada course yg tak selari dengan apa yg diambil waktu form6, tp pilihan tu tetap ada. dan pilihan ni smua atas diri msing2. tanya pada diri apa yg kamu nak ceburi.
pasal rugi untung tu, selagi mana kamu sedang mencari ilmu dan mempelajarinya ia bukan satu kerugian. ikut pada kemampuan awak kalau rasa tak mampu nk bawa.
ada tak yg dapat course degree accounting/banking?saya stpm sem2💗
DeleteSetakat yang saya tahu, batch saya tak ada yang dpt accounting/banking. tak tahulah sama ada mereka tak mohon/mmg tak dpt. kebanyakkan mohon kursus berkaitan keusahawanan. and ramai juga yang buat permohonan upu untuk 2nd intake.
Deletesemoga urusan pelajaran kamu dipermudahkan✨ insyaAllah jiwa dan mental calon2 stpm smua kental2💪🤟 enjoy the process k. Selamat maju jaya!😊🌹
Jadi pemakainya cuma boleh kemeja T berkolar jeke ? Hoodie semua tu tak dibenarkan ? Selain seluar slack , palazzo boleh pakai ke ? kasut bertutup kalau tak pakai sport shoes , kasut heels bertutup yg rendah dibenarkan tak ?
ReplyDeleteya kemeja t berkolar. tak casual la awak kalu pakai hoodie pergi kelas😅. palazzo boleh, slack boleh (asal tak ketat). ya kasut bertutup. heels rendah bertutup boleh😊👍🏻
Deletekalau f6 diwajibkan pakai tudung ke? also kalau pakai kemeja kena tuck in tak?
ReplyDelete