The Silent Killer: Soul


Wednesday, 21 October 2020

THE SILENT KILLER; SOUL

BAB 15

Julia datang ke rumah Maya pada petang itu untuk mendengar cerita dari Maya seperti yang dijanjikan.

“Cepatlah cerita. Aku tak sabar nak dengar ni” Julia menggesa Maya. 

“Ya. Sabar boleh tak. Tapi kau kena janji jangan nak aibkan dia” Julia hanya mengangkat tangan tanda janji.

“Yang sebenarnya ayah Syasya dah lama meninggal” suara Maya kedengaran sedikit perlahan.

What?!! Seriously!” Julia terkejut setelah Maya memberitahu tentang kematian ayah Syasya.

“Ya. Ayah dia meninggal sejak dia sekolah rendah lagi. Kalau kau nak tahu lagi, mak dia hanyalah seorang peniaga kuih depan sekolah rendah tu. Aku kenal sangat dengan mak dia dan mak dia pun kenal aku. Cuma dia saja tak tahu yang aku dengan mak dia dah lama kenal. Mak aku pun kenal mak dia” terang Maya lagi.

“Habis tu macam mana dia boleh jadi macam tu. Suka hati nak tipu semua orang, lepastu nak takut-takutkan orang. Dia ingat, dia siapa?!” Julia mula geram apabila teringat balik apa yang telah Syasya buat selama ini.

“Dia tak kaya pun sebenarnya. Keluarga dia hidup sederhana je. Tapi selepas ayah dia meninggal dunia, family dia hilang sumber mata pencarian”

“Oh ye ke…kesiannya”

“Itulah, aku pun kesian juga dekat dia. Maybe dia memberontak sebab dia tak dapat apa yang dia nak. Disebabkan orang tak tahu latar belakang kehidupan dia jadi dia buat kerja gila macam tu. Nakkan perhatian mungkin. Adik-beradik dia pun ramai”

“Geramnya aku. Pergi mampuslah dengan perhatian dia tu! Dia masih ada mak, yang dia nakkan perhatian orang lain apa hal. Dia ingat dia buat semua ni kebahagiaan tu nak datang dalam hidup dia?” Julia tiba-tiba naik berang. Manakala Maya masih tenang menyampaikan setiap cerita.

“Kita tak duduk kat tempat dia. Jadi kita mungkin tak faham apa yang dia rasa. Biasalah jiwa remaja. Kita semua laluinya” Maya cuba menenangkan Julia.

“Tapi macam mana dia boleh pakai barang mahal-mahal pergi sekolah?”

“Kawan dia. Kawan diakan kaya-kaya, yang paling aku tak tahan, baik pula kawan-kawan dia belanja dia macam-macam. Bagi itu ini”

“Oh…no wonder

“Lepastu, pasal kuih dan nasi lemak yang selalu kau order dekat aku tu sebenarnya aku beli dekat mak dialah. Kau kata nasi lemak tu sedap meletop kebabomlah bagaikan, mak dialah yang buat. Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku akan beli kuih dan nasi lemak dekat kedai mak dia. Aku ni pun taklah kaya sangat. Jadi aku tolong mana yang mampu jelah. Macam tahun lepas, aku pernah ambil order dekat budak kelas kita dengan kelas sebelah lepastu aku beli semua makanan dekat gerai mak dia sampai habis. Tahun ni pun aku ingat nak buat benda yang sama. Ambil order then beli semua. Kiranya aku tolong mak dialah. Tapi Syasya tak pernah tahu langsung pasal semua tu. Hurmm..apa-apa pun aku tak nak dia tahu juga”

“Mak kau tahu tak pasal kerja yang kau buat selama ni?”

“Tahu”

“Wah…dahsyat jugakan kisah Syasya dengan kau ni”

“Eh, apa kaitan aku dengan dia pula?”

“Yelah…kau tahu semua latar belakang dia. Hairan aku”

“Haa…satu perkara yang kau tak tahu pasal aku. Ini Mayalah. Semua benda aku tahu. Kau lupa ke dulu aku pernah cakap apa dekat kau” Maya menjongketkan keningnya.

“Oh! Aku ingat. Tak sangka pula kau serious” Julia hanya tersenyum

*  *  *  *

“Bro, aku dah buat macam yang kau suruh.”

“Bagus. Ada apa-apa yang berlaku hari ni?”

“Ada. Ada budak cari pasal dengan dia hari ni. Time rehat. Teruk jugalah, sampai jatuh makanan dia.”

“Siapa yang cari pasal tu? Kau kenal ke?”

I’m not sureBut, I think she knows her

“Her? Oh…bukan budak lelaki?”

“Bukan”

“Oklah macam tu. I have to go now, so kau tolonglah jadi mata dan telinga aku dekat sana ok. Kalau ada apa-apa lagi update dekat aku. One more thing, next week macam biasalah. Hari yang sama, jenis yang sama, bilangan yang sama dan nota tu nanti aku bagi kau. Cuma cara kau nak bagi tu pandai-pandai kaulah. It’s up to you tapi make sure jangan sampai orang tahu especially dia. Assalamualaikum” setelah beberapa pesanan disampaikan, gagang telefon diletak.

*  *  *  *

Tulip yang diterimanya siang tadi diletakkan di dalam gelas kecil berisi air lalu ditempatkan di atas meja belajarnya. Memandangkan bunga itu cantik, jadi Maya menjadikan bunga itu sebagai perhiasan di atas meja belajar. Manakala surat pula dibelek. Tiada tanda yang menunjukkan surat itu untuk dia dan nama pengirim juga tidak tertera pada surat. Maya membuka lipatan surat itu kemudian membacanya dengan teliti. 

@  #  $  %  ˄  &  *  (

)  <  >  :    Ω  £  

ß  δ  ξ  φ  u  v  π  λ

    z

Silent Knight

“Tulisan apa ni? Peliknya. Silent Knight?” Maya mengamati tulisan tersebut dan perkataan yang tertera di bawahnya.

Argh! Malaslah nak fikir. Setelah berkali-kali mengamati tulisan yang terdapat pada kertas tersebut, Maya masih tidak dapat memahaminya dan akhirnya dia mengabaikan sahaja nota itu. Nota itu dibiarkan sahaja di atas meja belajarnya.

Tuesday, 20 October 2020

THE SILENT KILLER; SOUL

BAB 14

2 tahun kemudian…

Maya memulakan hari pertama sekolahnya dengan semangat dan azam yang baru. Setahun yang sudah, tiada apa sangat yang berubah. Hanya perjalanan hidup yang biasa dan lebih tertumpu kepada pelajaran. Hasrat untuk pindah ke sekolah yang lebih baik tidak kesampaian. Pemohonannya tidak berjaya.

Kejadian 2 tahun lalu Maya sudah boleh menerimanya tetapi tidak bermakna Maya boleh melupakannya. Hubungan antara keluarga Encik Ismail dengan Encik Zamani juga semakin baik. Tetapi sejak kebelakangan ini masing-masing membuat hal sendiri kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan sebagainya. Maya juga sudah lama tidak berjumpa dengan Puan Haniza. Maya banyak menghabiskan masanya dengan buku-buku pelajaran, lagi-lagi apabila menjelang musim peperiksaan. Maya juga jarang keluar rumah, hanya duduk di rumah sahaja.

“Haihh…dah form 5 dah kita nikan Ju” tegur Maya.

“Tulah. Tak sangkakan. Cepat je masa berlalu. Tak lama lagi nak SPM” balas Julia. Maya hanya tersenyum sendiri.

“Kenapa kau senyum?” soal Julia apabila melihat kelakuan Maya.

“Entahlah. Aku rasa geli hati bila ingat balik first day masuk sekolah ni. Daripada form 1 kita sekolah sini dan sekarang dah form 5. Rasa rindu pun ada, kelakar pun ada. Yelah, sekali sekala menggamit nostalgia yang sangat indah” beritahu Maya. Julia yang mendengar hanya mengangguk.

“Ish! Dahlah tu. Acah je kita ni” Maya memutuskan suasana hening itu.

“Eh, kau yang acah lebih. Aku dengar je. Apa-apa pun kita dah senior ok! ‘Akak-akak senior’. Hahaha…. Dahlah jom kita rehat, dah pukul 10:30 dah” Julia menekankan pada ayat ‘akak-akak senior’.

“Haa..yelah. Aku pun dah lapar ni” tanpa membuang masa, Maya dan Julia pergi ke koperasi sekolah untuk membeli makanan.

Maya dan Julia masing-masing hanya membeli sebungkus roti. Pada kebiasaannya mereka tidak makan makanan berat ketika rehat. Bagi mereka cukup sekadar roti menjadi alas perut mereka sementara tiba waktu tengah hari nanti. Seperti biasa mereka berdua akan makan di tempat yang biasa mereka duduk iaitu meja yang terletak di bawah pokok, jauh sedikit dari kantin. Sedang asyik Maya dan Julia makan roti yang dibeli sambil bergurau senda tiba-tiba datang dua orang perempuan lalu menepis roti yang dipegang Maya. 

“Hoi perempuan! Kau memang cari pasalkan dengan aku. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat dengan Firdaus selama ni. Kau tahukan yang Raja Firdaus tu milik aku. Yang kau nak sibuk apa hal? Dah lama betul aku perhatikan kau” tengking perempuan yang sebaya Maya itu kepada Maya. Maya yang terkejut kerana disergah, terpinga-pinga. Roti yang dipegangnya tadi sudah pun tersujud ke tanah.

Haihh..ni yang aku geram bila aku tengah makan, ada saja yang mengganggu. “Excuse me! Sejak bila aku cari pasal dengan kau ek? Cuba cakap sikit, sejak bila? Sebelum kau perhatikan aku, aku terlebih dahulu perhatikan kau tau. Kau ingat tu, jangan sampai orang lain tahu siapa diri kau yang sebenarnya dan jangan sampai mak kau tahu segala perbuatan kau dekat sekolah. Untuk pengetahuan kau, aku tak hadaplah dekat Raja Firdaus yang kau puja sangat tu!” Maya membalas balik tengkingan perempuan itu.

“Eleh, kau tak kenal pun family aku. Ada hati nak buat report kat mak aku” perempuan itu seperti menduga pengetahuan Maya tentang familynya.

“Kau jangan ingat aku tak kenal family kau. Kau ni anak Cik Maz yang berniaga kuih dekat depan sekolah rendah itukan” bisik Maya ke telinga perempuan itu lalu Maya terus beredar dari situ bersama Julia. Perempuan itu hanya terdiam seribu kata.

Jangan ingat aku tak kenal keluarga kau, Syasya. Orang macam kau ni memang patut aku siasat. Kehidupan kau sangat mewah di sekolah. Tetapi hakikatnya kau dari keluarga yang miskin. Aku kesian dengan keluarga kau. Kalau mak kau tahu macam mana perangai kau dekat sekolah, pasti gugur air mata seorang ibu. 

“Yam, kenapa kau cakap macam tu dekat Syasya? Kalau dia bawa ayah dia datang sekolah macam mana? Kau tahukan dia tu siapa” Julia memberi peringatan kepada aku.

“Kau nak takut kenapa? Siapa ayah dia?” soal Maya selamba.

“Hishh…dia tukan anak orang yang berpengaruh. Ayah dia garang kut. Dia tu ada bodyguard tau. Nanti kalau ayah dia serang kita macam mana?” 

“Kalau pasal lelaki, aku tak hadaplah. Orang macam dia tu memang kena ajar. Aku kesah apa dia anak dato’ ke, anak Tan Sri ke, anak polis, tentera, garang ke, ada bodyguard ke. Arghh! Whatever. Semua tu tak penting. Pangkat semata-mata, dekat dunia je semua tu. Kau nak takut kenapa?”

“Takutlah. Kau ingat tak dulu ada sorang budak ni pernah cari pasal dengan dia. Lepastu dia mengadu dekat ayah dia”

“Habis tu apa jadi dekat budak tu?”

“Nasib budak tu baik sangat sebab Syasya tu pujuk ayah dia tak payah jumpa budak tu”

“Oh yeke. Tapi aku nak tanyalah dekat kau. Ini kira soalan cepumas dari akulah dan aku nak kau jawab dan fikir betul-betul. Kalaulah ayah dia tu seorang yang dikenali dan digeruni oleh semua orang dekat sekolah ni, pernah tak kita nampak atau jumpa ayah dia walaupun sekali?” 

“Mestilah tak. Semua orang takut kut nak jumpa ayah dia. Kalau boleh tak payah jumpa pun tak apa dan tak nak jumpa langsung” Julia menjawab dengan yakinnya.

“Ok…pernah tak kita nampak ayah dia datang sekolah ni untuk ambil report card dia?” soalan kedua diajukan kepada Julia.

“Dah sah-sahlah tak pernah nampak sebab kita bukan satu kelas dengan dia”

Next, pernah tak dia tunjuk gambar family dia dekat kawan-kawan dia” 

“Hurmm…yang tu aku tak tahu. Tapi yang pasti, aku rasa dia tak pernah tunjuk gambar family dia dekat orang. Lagipun buat apa dia nak tunjuk gambar family dia pulakkan?”

“Ok, ini soalan terakhir. Adakah anda telah bersedia untuk menjawabnya?” Maya sengaja membuat lawak yang kadang-kadang tak berapa nak jadi tu. Yelah dia bukan ratu lawak tapi dia ratu bagi personalitinya yang begitu serius. Kalau bab lawak Julia ratunya, kalau bab yang serius Mayalah ratunya.

“Yes, I’m ready!” balas Julia dengan semangat.

“Pernah tak kita nampak dia balik dari sekolah dengan kereta mewah lepastu ada bodyguard bagai? Then kalau kau perasan dia tak pernah balik awal dari sekolah. Tiap-tiap hari dia balik lambat. Mungkinlah kau akan kata yang dia staybag sebab nak study. Tapi tak mungkinlah tiap-tiap hari dia nak buat study group semua tu. Cuba kau fikir balik. Kau tak rasa hairan ke?”

“Hurmm…ye tak ye jugakan. Ish! Tapi kita kena husnudhzon tau Yam. Kita tak boleh sangka buruk dekat orang"

“Husnudhzon, husnudhzon juga. tapi jangan sampai orang pijak kepala kita”

“Habis tu apa benda yang kau cuba nak bagi tahu aku ni?”

“Kalau kau nak tahu lebih lanjut, balik nanti datang rumah aku. Aku cerita semuanya dekat kau. Kau je tau, jangan kau hebohkan dekat orang lain pula. Dah, jomlah naik kelas. Bengang pula aku. Makanan aku dah jatuh” Maya meneruskan langkahnya menuju ke kelas.

“Ok! Alaa..laa..laa...kesiannya dia. Meh sini kita pujuk” Julia mengekori Maya dari belakang sambil mengusiknya.

*  *  *  *

Sebaik tiba di kelas, dari jauh Maya dapat melihat benda asing berada di bawah mejanya. Maya mengambil objek tersebut dengan rasa hairan.

“Black Parrot” satu perkataan keluar dari mulutnya. Siapa yang berani hantar bunga ni dekat aku? Tiada siapa yang tahu bunga kegemaran aku.

Sekuntum tulip berwarna merah kehitaman itu dibelek lagi. Bunga tersebut juga disertakan dengan satu kertas kecil yang terletak di bawah meja.

Untuk aku ke? Siapa bagi? Bunga hidup pula tu. Ah, tak sempat nak baca. Baik aku simpan cepat sebelum Julia nampak, nanti bising pula minah tu.

Maya segera menyimpan bunga dan nota tersebut di dalam begnya sebelum orang lain perasan.

Sunday, 18 October 2020

THE SILENT KILLER; SOUL

BAB 13

Tepat pukul 1:50 pagi Maya mula sedarkan diri. Mata cuba untuk dibuka. Keadaan agak kelam. Dia menoleh kepalanya ke kanan dan melihat uminya sedang tidur. Umi maya dekat mana? Kenapa gelap? Kenapa sejuk? Bisik hati Maya.

Dia menoleh pula ke kiri dan melihat satu tubuh yang sedang berbaring di bangku panjang berdekatan dengan tingkap. Jauh dari katilnya. Maya meluaskan pandangan matanya, cuba untuk amati gerangan siapakah yang berada di sana. Tubuh itu seperti pernah dilihatnya. Ah! Seperti yang dia sangka, itu pasti lelaki itu. Apa dia buat dekat sini?

Maya bangun dari pembaringannya. Sudah lama dia terbaring di atas katil. Naik kebas badannya. Kepalanya masih sakit. Perut terasa seperti angin, tekak loya dan Maya mula rasa ingin muntah. Mata mula sibuk mencari bilik. Sesekali dia terbatuk sendiri.

“Kau dah bangun?” tiba-tiba satu suara garau menyapanya. Maya menolehkan kepalanya ke kiri. Tubuh tadi yang berbaring di bangku kini telah tertancap di depan matanya. Eh..laki ni, sejak bila pula berdiri sebelah aku. Tadi elok saja tengah tidur. Bisik hati Maya.

“Kau buat apa dekat sini?” balas Maya dengan nada malas. Malas hendak melayan lelaki itu. Suaranya serak basah.

“Bukan kau tidur kat sana ke tadi? Macam mana boleh terpacak sebelah aku pula ni?” sambung Maya lagi. Langsung tidak memandang muka lelaki itu.

“Aku tak tidur. Terlelap sekejap” balas lelaki itu. Lama betul minah ni pengsan.

“Sekarang pukul berapa?”

“Nak dekat dua pagi”

Maya hanya mengangguk. Maya akhirnya tidak boleh tahan lagi. Dia seperti hendak muntah. Pertanyaan lelaki itu tidak dihiraukan sebaliknya Maya terus mengejut uminya.

“Umi” Maya mengejut uminya yang sedang tidur.

Uminya akhirnya terjaga dari lena setelah mendengar panggilan Maya.

“Maya. Alhamdulillah, syukur Maya dah sedar. Maya sakit lagi ke?” ucapan syukur didahului oleh Puan Nor.

Maya membuat isyarat hendak muntah. Kemudian dia terus dibawa ke bilik air dibantu Hafizz yang diarah supaya memegang pek yang berisi air yang bersambung pada lengannya.

Maya susah untuk menggerakkan tangan kanannya kerana jarum yang berada di atas tangannya menyukarkan pergerakkan tangannya. Alamatnya, tangannya tidak boleh bergerak langsung.

Sebaik sahaja turun dari katil, Maya terus dibawa oleh Puan Nor ke bilik air. Maya terus memuntahkan segala sisa-sisa makanan yang dimakannya siang tadi sebaik sahaja melihat singki di depan mata. Puan Nor menepuk belakang Maya sedikit demi sedikit. Manakala, lelaki itu hanya melihat. Setelah selesai, Maya dipimpin keluar dari bilik air supaya dia tidak jatuh.

“Kau ok tak ni?” soal Hafizz tiba-tiba.

Maya membuat muka sememeh.

“Eh, aku ok saja. Sihat walafiat sangat. Nanti aku nak turun padang, nak lari 200 meter. Kenapa? Nak ikut?” Maya berseloroh perlahan. Entah mana datang ideanya ingin loya buruk pagi-pagi buta itu. Tak padan dengan sakit.

“Ish! Maya, tak baik cakap macam tu dekat Hafizz” tegur Puan Nor.

Oh…Hafizz ke nama kau. Ceh! Ah! Tak payah tahu pun tak apalah. Ada aku kesah.

“Oh ye ke?! Ok. No problems. Aku boleh je ikut. Kau tu, entah boleh entah tidak” balas Hafizz.

Wajah lelaki itu ditatap Maya dengan pandangan yang geram. Tiada kuasa dia hendak berdolak-dalih dengan lelaki itu. Makin dilayan, makin menaikkan amarahnya. Silap hari bulan, boleh terlantar terus dia di hospital akibat darah tinggi. Ingin sahaja dia menghadiahkan sebijik penumbuk pada lelaki itu. Tetapi disebabkan uminya berada di sebelah, dibatalkan sahaja niatnya.

Maya teringat akan ibadah wajibnya yang tertangguh. Dia tidak sangka begitu lama dirinya pengsan dan dia juga tidak sangka yang dia akan demam juga pada tahun ini. Pada kebiasaannya dirinya susah untuk mendapat sakit. Tetapi malangnya, belum sempat tahun ini menghabiskan hari-hari yang masih bersisa dia terlebih dahulu mengalami sakit. Ini semua disebabkan lelaki itu!

Maya memberitahu Puan Nor yang dia ingin menunaikan solat Isya’. Puan Nor hanya turuti apa yang Maya hajati. Sudah menjadi kewajiban dan tanggungjawabnya untuk menunaikan ibadah wajib tidak kira dalam keadaan apa sekali pun.

Puan Nor mendapatkan nurse yang sedang bertugas pada malam itu supaya membuka tiub yang terlekat pada lengan Maya, bagi memudahkan Maya berwuduk. Meskipun terdapat sebahagian lengan Maya yang tidak boleh terkena air, Maya hanya mengenakan wuduk pada bahagian yang terdedah sahaja. Cuma kali ini cara dia mengambil wuduk berbeza sedikit. Dia mengambil wuduk menggunakan botol spray yang tersedia di tepi katilnya.

Biasanya botol spray ini pasti disediakan di setiap hospital. Ini kerana bagi memudahkan kepada pesakit-pesakit yang beragama Islam yang tidak dapat berjalan mahupun berdiri untuk mengambil wuduk. Oleh itu, tiada alasan bagi mereka untuk tidak menunaikan solat.

Selesai mengambil wuduk yang dibantu oleh uminya, Maya segera menunaikan solat Isya’. Maya melaksanakan solatnya secara berdiri selagi dia masih terdaya. Puan Nor ada menyuruhnya supaya solat di atas bangku, tetapi ditolaknya. Pergerakannya ketika solat juga agak lambat dan lebih kepada berhati-hati supaya tidak jatuh dari diriannya. Usai solat, Maya menadah tangannya. Memohon kepada Yang Maha Esa, supaya dipermudahkan segala urusan hidupnya di dunia mahupun di akhirat kelak.

Maya termenung sendirian di atas tikar sejadah, sedangkan solatnya telah lama selesai. Entah apa yang difikirkan olehnya. Setelah merasakan perutnya berkeroncong, lapar barangkali. Dia bingkas bangun dan kembali ke katilnya. Puan Nor hanya melihat pergerakan Maya sedari tadi. Manakala Hafiz dari tadi hanya membelek telefon bimbitnya. Entah apa yang dibuatnya pun Maya tidak tahu. Kadang terasa telefon lelaki itu ditujukan kepadanya. Dia tangkap gambar aku ke?

“Umi, Maya nak air” minta Maya kepada Puan Nor. Segelas air yang dihulur kepadanya diteguk. Ouch! Terasa kelat, tawar, sakit dan sebagainya apabila Maya menelan air mineral itu. Tekaknya haus, tetapi dia tidak dapat menelan air mineral itu. Dia perlukan air panas.

“Umi, air panas ada tak? Teh O panas ke? Sakit tekaklah. Tak boleh nak telan air masak ni” Maya mengaduh sakit.

Uminya yang mendengar aduhan Maya itu segera mencari-cari air panas. Malangnya air panas tidak tersedia di biliknya. Umi Maya sedikit kesal kerana tidak menyediakan air panas dari awal. Dia tahu akan kesakitan yang dialami oleh anaknya. Dia juga tidak menyangka anaknya akan demam seteruk ini.

Hafizz yang terdengar akan permintaan Maya itu segera dengan suka relanya untuk meminta air panas kepada nurse yang sedang bertugas pada malam itu. Setibanya lelaki itu di bilik Maya, bukan air panas sahaja yang dia bawakan tetapi dia buat hot chocolate panas lagi khas buat Maya. Derrr… milo jelah.

Akhirnya, Maya dapat juga membasahkan tekaknya yang kering.

“Umi, ada makanan tak? Laparlah” kali ini Maya meminta makanan pula. Perutnya betul-betul berkeroncong ketika itu.

“Umi ada bawa sup cendawan kesukaan Maya. nak?” Puan Nor menghulurkan sup yang sudah tersedia. Puan Nor sempat membuat sup tersebut pada petang semalam dan membawanya ke hospital. Sudah menjadi kebiasaan keluarga ini, sekiranya terdapat ahli keluarga yang tidak sihat, sup cendawan atau sup ketam adalah hidangan yang akan disediakan untuk mereka.

“Nak! Sup cendawan umikan sedap” jawab Maya gembira. Maya menyuapkan sup itu ke dalam mulutnya. Tetapi Hanya beberapa sudu sahaja yang dapat masuk ke dalam mulutnya. Kali ini dia tidak berselera. Biasanya Mayalah orang yang paling suka sup yang dimasak oleh uminya. Sekiranya uminya buat sup, dialah orang pertama yang akan tambah berkali-kali. Baginya sup cendawan uminya yang paling sedap. Kalah KFC.

“Jangan paksa kalau dah tak boleh. Maya nak apa-apa lagi ke?” Puan Nor memujuk Maya supaya tidak memaksa dirinya.

“Buah ada tak umi? lapar lagi” satu lagi permintaan Maya.

“Tak ada. Umi tak beli buah”

“Aku ada buah epal. Nak?” Hafizz yang dari tadi membisu kini bersuara.

“Pisang tak dak ka?” soal Maya kembali dengan loghat utaranya. Maklumlah, mak dan ayahnya orang utara.

“Tak daklah. Nah, ambik epal ni.” Hafizz mengeluarkan sebiji epal merah dari poket sweaternya lalu diberikan kepada Maya.

Maya menyambut buah epal itu. Maya meneliti epal itu. Cantik warnanya. Merah terang.

“Kau bagi aku epal beracun ek? Kau nak aku mati macam Snow White tu ke?” sangkal Maya.

“Apa cakap macam tu Maya. Cakap elok-elok sikit” tegur Puan Nor sedikit tegas. Geram dengan perangai anaknya yang seorang ni. Makin hari makin degil. Tak pernah jadi macam ni.

"Kalau kau mati macam Snow White bolehlah aku kiss kaukan?" perkataan 'kiss' diperlahankan supaya Puan Nor tidak mendengarnya.

Maya menumbuk tubuh lelaki itu sekuat hatinya dengan tangan kiri. Kepala hantuk kau! Berani nak kiss aku? Rasakan penumbuk aku. Geram saja aku tengok kau dari tadi. Kau jangan ingat tangan kanan aku ni tak boleh gerak bermakna seluruh tubuh aku ni lumpuh tau. Tangan kiri aku ni masih ada bisanya.

Hafizz menjerit kecil.

Puan Nor memarahi Maya kerana bertindak sedemikian.

"Siapa suruh kacau Maya. Padanlah muka dia umi" bentak Maya.

“Epal tu tak ada racunlah. Makan jelah. Teruk betullah fikiran kau ni Maya” Hafizz masih mengadu sakit.

Fikiran kau lagi teruk dari aku!

“Heh...thanks! Tapi aku tak makan epal” Maya tersengih dan memulangka kembali epal tersebut. Ada-ada saja adegannya nak kenakan orang.

THE SILENT KILLER; SOUL

BAB 12

Hafizz duduk di sofa yang terdapat di ruang berdekatan dengan bilik Maya. Cuba untuk menenangkan diri. Hujan lebat telah berlangsung selama setengah jam dan selama setengah jam itu jugalah Maya terlena buat seketika.

Jam menunjukkan pukul 2:30 petang. Maya terjaga dari tidurnya. Matanya cuba mengamati keadaan sekeliling biliknya yang bersepah. Badannya terasa sejuk dan mengigil. Bajunya juga sedikit lembab. Maya memperkemaskan baju dan tudungnya yang dah senget-benget lalu segera keluar dari biliknya dan turun ke tingkat bawah. Barangkali teringat akan tetamu yang hadir pada tengah hari tadi. Jam di dinding langsung tidak dikerling. Bilik yang bersepah ditinggalkan begitu sahaja, tidak terdaya untuk mengemasnya.

Maya perlahan-lahan menuruni anak tangga. Tiba-tiba kepalanya terasa sangat sakit. Badan terasa seram sejuk, mukanya pucat dan penglihatannya sedikit kabur. Apabila tiba di tingkat bawah Maya berkelakuan seperti biasa, berlagak seperti tiada apa yang berlaku. Senyuman sentiasa terukir di bibir meskipun kepalanya pening dan penglihatannya kurang jelas sehingga dia tidak dapat mengecam siapa yang berada di depannya.

Kelihatan orang di tingkat bawah masih ramai. Kecoh seperti awal tengah hari tadi. Mereka sedang bersiap-siap untuk pulang. Mereka semua bersalam-salaman sesama sendiri. Maya juga tidak terlepas untuk bersalaman dengan Puan Haniza dan anak perempuannya.

“Maya, ibu balik dulu ya. Nanti jangan lupa datang rumah ibu pula” Puan mempelawa Maya. Maya hanya diam membisu.

“Maya kenapa ni? Macam tak larat saja.” tegur Puan Haniza apabila dia merasa tangan Maya sejuk ketika bersalaman tadi dan muka pucat. Maya hanya menggelengkan kepala.

Beberapa saat selepas itu, Maya akhirnya rebah dari diriannya. Pengsan. Tubuhnya sempat disambut oleh Puan Nor yang berada di sebelahnya. Semua orang yang berada di dalam rumah terkejut dan panik, terutama Puan Nor dan Puan Haniza.

“Maya..Maya!” panggil Puan Nor bagi menyedarkan Maya.

“Panas sangat badan Maya. Demam panas ni. Baju dia pun basah. Macam mana boleh jadi macam ni?” beritahu Puan Haniza kepada Puan Nor setelah memeriksa tubuh Maya.

Hafizz yang melihat kejadian itu seperti sudah menjangka apa yang bakal berlaku kepada Maya. Sejak Maya turun dari tingkat atas, dia telah perhatikan pergerakan Maya yang mamai. Dia segera naik ke tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku di dalam bilik Maya. Seperti yang dijangka, Maya mungkin demam disebabkan hujan tadi. Hafizz turun ke bawah untuk buat apa yang patut.

Tanpa membuang masa, tubuh Maya diangkat oleh abahnya lalu dimasukkan ke dalam kereta. Mereka semua menuju ke hospital yang berdekatan dengan segera.

Sebaik sahaja tiba di hospital, Maya di masukkan ke wad dengan segera kerana keadaannya yang masih tidak sedarkan diri. Setelah beberapa minit diperiksa oleh doktor, mereka semua diberitahu oleh doktor bahawa Maya mengalami demam panas yang agak teruk akibat daripada sama ada kurang minum air atau terdedah kepada cuaca atau persekitaran yang tidak menentu.

Maya ditahan di wad buat sementara waktu bagi memudahkan pemeriksaan doktor. Bajunya yang basah telah ditukar dengan baju yang lain. Jaket tebal juga turut disangkut pada tubuh Maya diikuti selimut yang dibawa oleh Puan Nor dari rumah pada petang tadi.

Malam menjelma. Maya masih tidak sedarkan diri. Encik Ismail dan Encik Zamani serta keluarga kecuali Puan Nor dan Hafizz. Hafizz menawarkan diri untuk menemani Maya bersama Puan Nor.

Saturday, 17 October 2020

THE SILENT KILLER; SOUL

BAB 11

Maya turun ke bawah kembali untuk makan tengah hari setelah beberapa minit berada di atas.

“Eh Maya, sikit saja makan? Diet ke?” tegur Puan Haniza yang melihat Maya mengambil nasi sedikit sahaja. Tak ada maknanya aku nak diet. Aku lapar. Tapi disebabkan tengok muka laki tu, hilang selera makan aku tahu tak! Sudahlah pagi tadi aku tak makan. Aku balik dari keluar tadi pun, aku masih lapar lagi tau tak. Sungguh! Lelaki itu dah spoilkan hari aku. Huarghhh!

Maya terus naik ke atas semula sesudah makan. Dia masuk ke dalam biliknya. Pintu ditutup rapat. Satu papan tanda kecil ‘dilarang masuk’ disangkut di depan pintu biliknya sebagai amaran kepada sesiapa yang berhasrat untuk memasuki biliknya. Lampu bilik tidak dinyalakan. Ikatan langsir dibuka supaya biliknya menjadi gelap dan sejuk. Maya menekan suis pendingin hawa dan menekan punat pada alat kawalan jauh pendingin hawanya pada suhu yang paling rendah supaya biliknya menjadi sejuk dengan cepat. Sememangnya, dia tengah panas ketika itu. Sementara menunggu biliknya sejuk, Maya duduk di balkoni biliknya sambil memikirkan perkara tadi.

Hish! Geram betul aku dengan lelaki tu. Suka hati dia saja nak sakat aku masa makan tadi. Ingat dia siapa? Kau tak kenal akulah. Nak melawak bagai. Geli aku. Lepas tu suka hati dia saja nak sepak-sepak kaki aku bawah meja. Ingat aku adik dia ke? Nasib baik aku pakai sarung kaki. Argh! Geramya. Maya membebel dalam hatinya. Kalau ikutkan ingin sahaja dia menjerit.

“Hey! What are you doing here?” Maya yang baru perasan akan kehadiran lelaki itu di dalam biliknya sangat terkejut. Berani betul lelaki ini naik ke tingkat atas! Lepastu masuk bilik aku?! Abah tak halang ke? Mujur tudung di kepalanya tidak dibuka lagi.

“Assalamualaikum” Hafizz memberi salam.

“Waalaikumussalam. Macam mana kau boleh masuk bilik aku?!” what?! How?! Bagai nak pecah kepala otak aku bila nampak dia ada dalam bilik aku. Aku ulang balik, BILIK!

“Pintu tak berkunci. Aku masuk jelah” jawab Hafizz

“Keluarlah! Siapa suruh kau masuk?!” Maya masih tidak puas hati.

Cuaca yang panas terik sebentar tadi berubah menjadi mendung. Nampak gayanya hujan lebat bakal membasahi bumi ini.

“Tak ada siapa suruh” jawab Hafizz lagi sambil menyentuh barang Maya di atas meja belajarnya.

“Aku dah bagi amaran dekat depan pintu tu, kau tak nampak ke? ‘Mans are not allowed except my family” Maya mengulang kembali ayat yang tertera di papan kecil itu.

“Nampak. Akukan sebahagian daripada family kau juga” jawab Hafizz selamba.

“Tak payah nak buat lawak bodoh boleh tak. Jangan haraplah kau nak jadi sebahagian daripada keluarga aku. Kau keluar sekarang!”

Aku tak pernah terima kau dalam keluarga aku. Boleh sakit jiwa bercakap dengan lelaki ini. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Lepas itu, boleh pula dia selamba saja masuk bilik aku tanpa kebenaran. Tak malu ke. Kata belajar agama. Mana ikhtilat kau?

“Asal kau dengan family kau datang sini? Perjumpaan keluarga?” Maya sedikit menyindir dalam pertanyaannya.

“Kau keluar dari bilik aku sekarang boleh tak. Aku rimaslah! Kau jangan usik barang-barang aku boleh tak. Aku tak sukalah!” arah Maya lagi sambil mengambil dan menyusun balik barangnya yang disepahkan oleh lelaki itu. Tetapi lelaki itu masih tidak berganjak. Lelaki itu seperti menguji tahap kesabaran Maya. Maya yang tidak puas hati akhirnya menolak lelaki itu keluar dari biliknya menggunakan bantal.

“Maya!” panggil Hafizz secara tiba-tiba. Kedengaran serius kelakuan Maya dan pergerakkan Hafizz berhenti seketika. Raut wajah Hafizz bertukar menjadi serius. Hujan mulai turun.

“Maya, kau dengar sini. Kau jangan nak biadab sangat boleh tak. Dari tadi lagi aku perhatikan kelakuan kau” Hafiz tiba-tiba marah.

“Kau pahal nak marah-marah aku tak tentu pasal. Kau tak ada hak nak marah aku macam ni” Maya hairan dengan kelakuan lelaki itu yang tiba-tiba.

“Aku memang tak ada hak ke atas kau. Tapi tak salahkan kalau aku nak bagi pengajaran dan peringatan dekat kau” Hafizz mengingatkan Maya.

“Kau tak payahlah nak ajar aku, nak ingatkan aku bagai! Aku tak perlukan peringatan kau sebab kau pun sama saja tak senonohnya!"  Maya turut menjadi marah dan mula untuk menangis. Semaklah lelaki ni! Siapa yang ajak dia naik atas ni? Tak ada sesiapa ke dekat luar bilik. Tolonglah selamatkan aku dari cengkaman lelaki ni!

“Kau jangan sesekali nak datang dekat dengan aku. Aku geli! Kau tahu tak, disebabkan kaulah hubungan aku dengan abah aku jadi tak baik. Disebabkan kau juga hidup aku hancur kau tahu tak. Kau dah porak-perandakan jalan hidup aku yang aku dah atur. Aku rasa jijik sangat bila tengok muka kau. Aku benci kau!” air mata jatuh semakin deras membasahi pipinya.

Perkara lalu kembali tersiar di kotak fikirannya. Parut dalam yang masih terkesan kembali berdarah. Maya berharap sangat supaya benda ini tidak akan berulang kembali. Tetapi semua itu tidak dapat dielaknya. Gerimis yang sedari tadi turun semakin lebat.

Hafizz mula untuk menaikkan tangannya kerana geram dengan perangai Maya yang agak biadab. Tetapi tangannya terhenti apabila memikirkan yang tindakannya itu salah.

“Kau nak tampar aku? Tamparlah! Tampar. Kenapa stop?” perli Maya lagi. Hatinya kini memberontak. Hafizz menurunkan tangannya kembali.

“Kau ingat ni Maya, satu saja aku nak pesan dekat kau. Jangan pernah sesekali kau biadab dengan umi dan abah kau. Aku tak kisah kalau kau nak biadab dengan aku dan family aku atau pun kau tak suka aku dan family aku. Tapi please hormat umi dengan abah kau. Jangan kecewakan dia orang. Reda Allah terletak pada reda mak dan ayah. Kau ingat tu” Pesan Hafizz sebelum keluar dari bilik Maya.

“Kau tak payahlah nak ceramah aku cakap pasal adab, hormat, reda ni bagai! Kau masuk bilik aku pun suka hati kau saja! Lepastu nak jadi malaikat, nasihatkan aku. Argh!!! Aku benci kau tahu tak! Kau pergi dari sini! Keluar!” jerit Maya sepuas hatinya sambil memukul tubuh lelaki itu dan menolaknya keluar dari bilik tersebut. Serabut kepalanya memikirkan perkara itu.

Luaran saja nampak macam malaikat tetapi perangai sebenar tak ubah seperti iblis. Kau macam tak tau halal haram. Sesuka hati kau saja masuk bilik aku. Siap bagi salam lagi. Kononnya baik sangat bagi salam. Walhal, antara kita ni tiada ikatan. Ke kau buat-buat tak kenal halal haram?

Hati Maya sungguh membara ketika itu. Sehinggakan segala kata keji dan makian yang tidak pernah terlintas di fikirannya keluar dari mulutnya saat itu. Dalam hati pula siap mengutuk lelaki itu. Sekarang kau dah kenalkan siapa Siti Nur Maryam?

Matanya sempat menjeling ke luar bilik. Ah! Madihah, Haikal dan Hasif pun ada kat atas. Tengah main permainan. Mesti Madihah yang ajak naik atas. Patutlah!

Akibat hujan yang terlalu lebat, jeritan Maya tidak dapat didengari oleh orang yang berada di tingkat bawah. Nasib baik, kalau tidak pasti keluarga mereka akan tahu pasal pergaduhan ini. 

Kali ini Maya betul-betul marah pada lelaki itu buat kali yang kedua. Maya terus menutup pintu biliknya dan menguncinya. Maya menangis teresak-esak disebalik daun pintu biliknya. Hujan terus menerus turun mengiringi tangisan Maya. Pintu di balkoni bilik Maya tidak ditutup menyebabkan bilik Maya telah separuh basah akibat hujan yang lebat dan angin yang menghentam masuk ke dalam biliknya.

Kenapa mesti kau muncul balik dalam hidup aku? Kenapa mesti kau nak ungkit balik perkara lalu? Kenapa mesti kau nak berkasar dengan aku? Jangan haraplah kau nak jadi sebahagian dari hidup aku. Aku tak akan terima kau sampai mati. Lagi bagus kalau aku kena langgar lepastu mati saja masa aku lari dari rumah ustazah hari tu. Tak payah aku nak hadap semua ni. Aku benci kau! Aku benci kau! Aku benci kau!

Maya terbaring di lantai di sebalik pintu sambil menangis. Maya berpeluk tubuh akibat kesejukan kerana tempias dari air hujan yang turun semakin lebat disusuli pendingin hawa yang telah disetkan pada suhu yang paling rendah. Maya membiarkan dirinya hanyut dalam dilema. Akhirnya Maya terlelap dengan air mata yang membasahi pipi dengan harapan semuanya akan selesai selepas dia bangun dari lenanya.