The Silent Killer: Soul


Sunday, 18 October 2020

THE SILENT KILLER; SOUL

BAB 13

Tepat pukul 1:50 pagi Maya mula sedarkan diri. Mata cuba untuk dibuka. Keadaan agak kelam. Dia menoleh kepalanya ke kanan dan melihat uminya sedang tidur. Umi maya dekat mana? Kenapa gelap? Kenapa sejuk? Bisik hati Maya.

Dia menoleh pula ke kiri dan melihat satu tubuh yang sedang berbaring di bangku panjang berdekatan dengan tingkap. Jauh dari katilnya. Maya meluaskan pandangan matanya, cuba untuk amati gerangan siapakah yang berada di sana. Tubuh itu seperti pernah dilihatnya. Ah! Seperti yang dia sangka, itu pasti lelaki itu. Apa dia buat dekat sini?

Maya bangun dari pembaringannya. Sudah lama dia terbaring di atas katil. Naik kebas badannya. Kepalanya masih sakit. Perut terasa seperti angin, tekak loya dan Maya mula rasa ingin muntah. Mata mula sibuk mencari bilik. Sesekali dia terbatuk sendiri.

“Kau dah bangun?” tiba-tiba satu suara garau menyapanya. Maya menolehkan kepalanya ke kiri. Tubuh tadi yang berbaring di bangku kini telah tertancap di depan matanya. Eh..laki ni, sejak bila pula berdiri sebelah aku. Tadi elok saja tengah tidur. Bisik hati Maya.

“Kau buat apa dekat sini?” balas Maya dengan nada malas. Malas hendak melayan lelaki itu. Suaranya serak basah.

“Bukan kau tidur kat sana ke tadi? Macam mana boleh terpacak sebelah aku pula ni?” sambung Maya lagi. Langsung tidak memandang muka lelaki itu.

“Aku tak tidur. Terlelap sekejap” balas lelaki itu. Lama betul minah ni pengsan.

“Sekarang pukul berapa?”

“Nak dekat dua pagi”

Maya hanya mengangguk. Maya akhirnya tidak boleh tahan lagi. Dia seperti hendak muntah. Pertanyaan lelaki itu tidak dihiraukan sebaliknya Maya terus mengejut uminya.

“Umi” Maya mengejut uminya yang sedang tidur.

Uminya akhirnya terjaga dari lena setelah mendengar panggilan Maya.

“Maya. Alhamdulillah, syukur Maya dah sedar. Maya sakit lagi ke?” ucapan syukur didahului oleh Puan Nor.

Maya membuat isyarat hendak muntah. Kemudian dia terus dibawa ke bilik air dibantu Hafizz yang diarah supaya memegang pek yang berisi air yang bersambung pada lengannya.

Maya susah untuk menggerakkan tangan kanannya kerana jarum yang berada di atas tangannya menyukarkan pergerakkan tangannya. Alamatnya, tangannya tidak boleh bergerak langsung.

Sebaik sahaja turun dari katil, Maya terus dibawa oleh Puan Nor ke bilik air. Maya terus memuntahkan segala sisa-sisa makanan yang dimakannya siang tadi sebaik sahaja melihat singki di depan mata. Puan Nor menepuk belakang Maya sedikit demi sedikit. Manakala, lelaki itu hanya melihat. Setelah selesai, Maya dipimpin keluar dari bilik air supaya dia tidak jatuh.

“Kau ok tak ni?” soal Hafizz tiba-tiba.

Maya membuat muka sememeh.

“Eh, aku ok saja. Sihat walafiat sangat. Nanti aku nak turun padang, nak lari 200 meter. Kenapa? Nak ikut?” Maya berseloroh perlahan. Entah mana datang ideanya ingin loya buruk pagi-pagi buta itu. Tak padan dengan sakit.

“Ish! Maya, tak baik cakap macam tu dekat Hafizz” tegur Puan Nor.

Oh…Hafizz ke nama kau. Ceh! Ah! Tak payah tahu pun tak apalah. Ada aku kesah.

“Oh ye ke?! Ok. No problems. Aku boleh je ikut. Kau tu, entah boleh entah tidak” balas Hafizz.

Wajah lelaki itu ditatap Maya dengan pandangan yang geram. Tiada kuasa dia hendak berdolak-dalih dengan lelaki itu. Makin dilayan, makin menaikkan amarahnya. Silap hari bulan, boleh terlantar terus dia di hospital akibat darah tinggi. Ingin sahaja dia menghadiahkan sebijik penumbuk pada lelaki itu. Tetapi disebabkan uminya berada di sebelah, dibatalkan sahaja niatnya.

Maya teringat akan ibadah wajibnya yang tertangguh. Dia tidak sangka begitu lama dirinya pengsan dan dia juga tidak sangka yang dia akan demam juga pada tahun ini. Pada kebiasaannya dirinya susah untuk mendapat sakit. Tetapi malangnya, belum sempat tahun ini menghabiskan hari-hari yang masih bersisa dia terlebih dahulu mengalami sakit. Ini semua disebabkan lelaki itu!

Maya memberitahu Puan Nor yang dia ingin menunaikan solat Isya’. Puan Nor hanya turuti apa yang Maya hajati. Sudah menjadi kewajiban dan tanggungjawabnya untuk menunaikan ibadah wajib tidak kira dalam keadaan apa sekali pun.

Puan Nor mendapatkan nurse yang sedang bertugas pada malam itu supaya membuka tiub yang terlekat pada lengan Maya, bagi memudahkan Maya berwuduk. Meskipun terdapat sebahagian lengan Maya yang tidak boleh terkena air, Maya hanya mengenakan wuduk pada bahagian yang terdedah sahaja. Cuma kali ini cara dia mengambil wuduk berbeza sedikit. Dia mengambil wuduk menggunakan botol spray yang tersedia di tepi katilnya.

Biasanya botol spray ini pasti disediakan di setiap hospital. Ini kerana bagi memudahkan kepada pesakit-pesakit yang beragama Islam yang tidak dapat berjalan mahupun berdiri untuk mengambil wuduk. Oleh itu, tiada alasan bagi mereka untuk tidak menunaikan solat.

Selesai mengambil wuduk yang dibantu oleh uminya, Maya segera menunaikan solat Isya’. Maya melaksanakan solatnya secara berdiri selagi dia masih terdaya. Puan Nor ada menyuruhnya supaya solat di atas bangku, tetapi ditolaknya. Pergerakannya ketika solat juga agak lambat dan lebih kepada berhati-hati supaya tidak jatuh dari diriannya. Usai solat, Maya menadah tangannya. Memohon kepada Yang Maha Esa, supaya dipermudahkan segala urusan hidupnya di dunia mahupun di akhirat kelak.

Maya termenung sendirian di atas tikar sejadah, sedangkan solatnya telah lama selesai. Entah apa yang difikirkan olehnya. Setelah merasakan perutnya berkeroncong, lapar barangkali. Dia bingkas bangun dan kembali ke katilnya. Puan Nor hanya melihat pergerakan Maya sedari tadi. Manakala Hafiz dari tadi hanya membelek telefon bimbitnya. Entah apa yang dibuatnya pun Maya tidak tahu. Kadang terasa telefon lelaki itu ditujukan kepadanya. Dia tangkap gambar aku ke?

“Umi, Maya nak air” minta Maya kepada Puan Nor. Segelas air yang dihulur kepadanya diteguk. Ouch! Terasa kelat, tawar, sakit dan sebagainya apabila Maya menelan air mineral itu. Tekaknya haus, tetapi dia tidak dapat menelan air mineral itu. Dia perlukan air panas.

“Umi, air panas ada tak? Teh O panas ke? Sakit tekaklah. Tak boleh nak telan air masak ni” Maya mengaduh sakit.

Uminya yang mendengar aduhan Maya itu segera mencari-cari air panas. Malangnya air panas tidak tersedia di biliknya. Umi Maya sedikit kesal kerana tidak menyediakan air panas dari awal. Dia tahu akan kesakitan yang dialami oleh anaknya. Dia juga tidak menyangka anaknya akan demam seteruk ini.

Hafizz yang terdengar akan permintaan Maya itu segera dengan suka relanya untuk meminta air panas kepada nurse yang sedang bertugas pada malam itu. Setibanya lelaki itu di bilik Maya, bukan air panas sahaja yang dia bawakan tetapi dia buat hot chocolate panas lagi khas buat Maya. Derrr… milo jelah.

Akhirnya, Maya dapat juga membasahkan tekaknya yang kering.

“Umi, ada makanan tak? Laparlah” kali ini Maya meminta makanan pula. Perutnya betul-betul berkeroncong ketika itu.

“Umi ada bawa sup cendawan kesukaan Maya. nak?” Puan Nor menghulurkan sup yang sudah tersedia. Puan Nor sempat membuat sup tersebut pada petang semalam dan membawanya ke hospital. Sudah menjadi kebiasaan keluarga ini, sekiranya terdapat ahli keluarga yang tidak sihat, sup cendawan atau sup ketam adalah hidangan yang akan disediakan untuk mereka.

“Nak! Sup cendawan umikan sedap” jawab Maya gembira. Maya menyuapkan sup itu ke dalam mulutnya. Tetapi Hanya beberapa sudu sahaja yang dapat masuk ke dalam mulutnya. Kali ini dia tidak berselera. Biasanya Mayalah orang yang paling suka sup yang dimasak oleh uminya. Sekiranya uminya buat sup, dialah orang pertama yang akan tambah berkali-kali. Baginya sup cendawan uminya yang paling sedap. Kalah KFC.

“Jangan paksa kalau dah tak boleh. Maya nak apa-apa lagi ke?” Puan Nor memujuk Maya supaya tidak memaksa dirinya.

“Buah ada tak umi? lapar lagi” satu lagi permintaan Maya.

“Tak ada. Umi tak beli buah”

“Aku ada buah epal. Nak?” Hafizz yang dari tadi membisu kini bersuara.

“Pisang tak dak ka?” soal Maya kembali dengan loghat utaranya. Maklumlah, mak dan ayahnya orang utara.

“Tak daklah. Nah, ambik epal ni.” Hafizz mengeluarkan sebiji epal merah dari poket sweaternya lalu diberikan kepada Maya.

Maya menyambut buah epal itu. Maya meneliti epal itu. Cantik warnanya. Merah terang.

“Kau bagi aku epal beracun ek? Kau nak aku mati macam Snow White tu ke?” sangkal Maya.

“Apa cakap macam tu Maya. Cakap elok-elok sikit” tegur Puan Nor sedikit tegas. Geram dengan perangai anaknya yang seorang ni. Makin hari makin degil. Tak pernah jadi macam ni.

"Kalau kau mati macam Snow White bolehlah aku kiss kaukan?" perkataan 'kiss' diperlahankan supaya Puan Nor tidak mendengarnya.

Maya menumbuk tubuh lelaki itu sekuat hatinya dengan tangan kiri. Kepala hantuk kau! Berani nak kiss aku? Rasakan penumbuk aku. Geram saja aku tengok kau dari tadi. Kau jangan ingat tangan kanan aku ni tak boleh gerak bermakna seluruh tubuh aku ni lumpuh tau. Tangan kiri aku ni masih ada bisanya.

Hafizz menjerit kecil.

Puan Nor memarahi Maya kerana bertindak sedemikian.

"Siapa suruh kacau Maya. Padanlah muka dia umi" bentak Maya.

“Epal tu tak ada racunlah. Makan jelah. Teruk betullah fikiran kau ni Maya” Hafizz masih mengadu sakit.

Fikiran kau lagi teruk dari aku!

“Heh...thanks! Tapi aku tak makan epal” Maya tersengih dan memulangka kembali epal tersebut. Ada-ada saja adegannya nak kenakan orang.

No comments:

Post a Comment