BAB 4
Maya mengambil tempat duduk di depan guardhouse
sekolah. Memang menjadi kebiasaan Maya dan kawan-kawannya, selepas habis sahaja
kelas, tempat itu menjadi tempat mereka lepak sambil menunggu mak, ayah atau
van sekolah. Maya menunggu dengan penuh kesabaran. Tetapi, Maya tak tahu siapa
yang ditunggunya
Beberapa minit kemudian, hanya tinggal Maya
seorang. Kawan-kawannya yang lain telah pulang ke rumah. Sedang dia asyik
berfikir, tiba-tiba sebuah kereta Myvi berhenti di hadapan guardhouse
dimana tempat dia duduk. Maya dijemput untuk masuk ke dalam kereta.
“Tak naklah! Saya nak balik rumah saya” laung Maya.
“Bukan ustazah dah kata, dekat rumah kamu tak ada
sesiapa. Tapi kalau kamu tak nak ikut saya tak apalah. Saya balik dulu. nanti
tak ada sesiapa nak jemput kamu tau” Puan Haniza seperti mengugut Maya. Tingkap
kereta yang tadi diturunkan kini dinaikkan semula. Maya yang terkejut dengan
tindakan Puan Haniza, terus berlari mendapatkan kereta Puan Haniza lalu
mengetuk tingkap kereta, minta dibuka.
Eeii! Bencinya. Aku dah cakap yang aku tak nak ada
kaitan dengan ustazah ni. Umi ni memang saja nak kenakan aku. Bencilah!
“Tak apalah, ustazah hantar saja saya dekat rumah
saya. Saya boleh tinggal seorang. Saya tak nak stay rumah ustazah” beritahu
Maya. Agak kurang ajar pada akhir katanya. Tapi dia kena terus terang.
“Haa...yelah. Ustazah hantar kamu balik rumah kamu.
Tahu takut” Puan Haniza mengiakan saja kata-kata Maya. Senyuman yang
dilemparkan kepada Maya sudah memberi maksud yang sangat jelas.
Tanpa membuang masa, Maya terus mengambil begnya
lalu memboloskan dirinya ke dalam perut Myvi milik Puan Haniza. Aku sabar nak
balik rumah. Sudahlah aku lapar, mengantuk dan panas pula tu. Kalau boleh balik
ni aku terus nak mandi, solat, makan dan tidur dalam bilik aku yang segar
dengan kehadiran wangian lavender dan sejuk dengan kewujudan pendingin hawa. Homework?
Forget about it.
Kereta Myvi milik Puan Haniza meluncur laju
meninggalkan perkarangan sekolah.
No comments:
Post a Comment