The Silent Killer: Soul


Wednesday, 14 October 2020

THE SILENT KILLER; SOUL

BAB 6

Puan Haniza dan keluarganya selesai solat Maghrib berjemaah. Tetapi Maya masih tidak kelihatan. Puan Haniza agak sedih dengan tindakkan Maya. Penilaiannya terhadap Maya selama ini tidak sama dengan apa yang dia rasakan. Adakah Maya berubah disebabkan dirinya? Adakah Maya jadi begini disebabkan perkara yang lalu? Persoalan ini sentiasa bermain-main di fikirannya.

Usai solat Maghrib, seperti biasa Encik Zamani akan menyampaikan tazkirah pendek. Sudah menjadi rutin mereka sekeluarga. Segala cadangan atau pertanyaan akan didengar dan dijawab oleh Encik Zamani sendiri. Tazkirah ini akan berlangsung selepas solat Maghrib hingga masuk waktu Isya’.

“Niza, mana budak perempuan tu?” soal Encik Zamani kepada isterinya.

“Tak tahulah saya. Tadi saya ajak dia solat sekali dengan kita. Dia kata, dia nak naik. Tapi sampai sekarang tak nampak batang hidung pun” beritahu Puan Haniza.

"Dia nak solat sendirilah tu. Tak apalah kalau macam tu. Mungkin nanti solat Isya’ dia naiklah tu. Kita bagi dia ruang dan masa” balas Encik Zamani.

“Yalah. Lagipun dia masih marah lagi dengan perkara yang lepas. Kita bagilah dia masa untuk biasakan diri dia. Mana tahu dengan cara ini dia boleh berubah” kata Puan Haniza lagi.

“Ibu. Siapa ibu?” tiba-tiba anak lelaki bongsu ustazah menyampuk.

“Siapa apa?” soal ustazah kembali kepada anak kecilnya.

“Ibu cakap pasal siapa” terang anak kecil itu.

“Tiada siapalah. Nanti adik tahulah siapa” Puan Haniza sengaja tidak memberitahu anaknya. Lagi pun kalau nak diceritakan, bukan anaknya faham.

“Baiklah. Dah sedia? Boleh kita mulakan tazkirah kita pada malam ini?” Encik Zamani meminta izin untuk memulakan tazkirahnya.

“Adik dah sedia!” laung si kecil, Hasif.

“Haikal pun dah sedia. Ayah nak cerita kisah apa pula malam ni? Haikal tak sabar nak dengar” kini Haikal pula menyahut.

“Baiklah. Hari ini ayah ingin menceritakan kisah Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq yang merupakan isteri kepada Rasulallah” Encik Zamani memulakan bicaranya. Biodata Aisyah ra, menjadi pembukaan untuk tazkirahnya. Setiap butir bicaranya didengar dengan teliti oleh isteri dan dua orang anaknya.

Meskipun pendengarnya pada masa itu hanya tiga orang sahaja iaitu isterinya dan dua orang anaknya, tetapi seri pada keluarga ini masih kelihatan. Keluarga ini kelihatan ceria selalu walaupun ahli dalam keluarganya berkurangan. Anak sulung Puan Haniza iaitu Hafizz, kini sedang melanjutkan pelajarannya di Maktab Rendah Sains Mara. Umurnya segagan dengan Maya. Anak keduanya pula Aisyah namanya. Aisyah muda setahun sahaja daripada Hafizz. Puteri tunggal puan Haniza ini juga turut bersekolah di sekolah berasrama penuh, tetapi tidak sama seperti abangnya. Aisyah bersekolah di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi. Masing-masing bersekolah asrama.

Sudah menjadi hasrat Encik Zamani dan Puan Haniza untuk menghantar anak mereka belajar di sekolah berasrama. Habis sahaja persekolahan tahun 6, keluarga pasti akan mengisi borang bagi kemasukan anaknya ke tingkatan 1 di sekolah berasrama penuh. Smemangnya anak Puan Haniza semuanya cemerlang dalampelajaran.

No comments:

Post a Comment