BAB 15
Julia datang ke rumah Maya pada petang itu untuk mendengar cerita dari Maya seperti yang dijanjikan.
“Cepatlah cerita. Aku tak sabar nak dengar ni” Julia menggesa Maya.
“Ya. Sabar boleh tak. Tapi kau kena janji jangan nak aibkan dia” Julia hanya mengangkat tangan tanda janji.
“Yang sebenarnya ayah Syasya dah lama meninggal” suara Maya kedengaran sedikit perlahan.
“What?!! Seriously!” Julia terkejut setelah Maya memberitahu tentang kematian ayah Syasya.
“Ya. Ayah dia meninggal sejak dia sekolah rendah lagi. Kalau kau nak tahu lagi, mak dia hanyalah seorang peniaga kuih depan sekolah rendah tu. Aku kenal sangat dengan mak dia dan mak dia pun kenal aku. Cuma dia saja tak tahu yang aku dengan mak dia dah lama kenal. Mak aku pun kenal mak dia” terang Maya lagi.
“Habis tu macam mana dia boleh jadi macam tu. Suka hati nak tipu semua orang, lepastu nak takut-takutkan orang. Dia ingat, dia siapa?!” Julia mula geram apabila teringat balik apa yang telah Syasya buat selama ini.
“Dia tak kaya pun sebenarnya. Keluarga dia hidup sederhana je. Tapi selepas ayah dia meninggal dunia, family dia hilang sumber mata pencarian”
“Oh ye ke…kesiannya”
“Itulah, aku pun kesian juga dekat dia. Maybe dia memberontak sebab dia tak dapat apa yang dia nak. Disebabkan orang tak tahu latar belakang kehidupan dia jadi dia buat kerja gila macam tu. Nakkan perhatian mungkin. Adik-beradik dia pun ramai”
“Geramnya aku. Pergi mampuslah dengan perhatian dia tu! Dia masih ada mak, yang dia nakkan perhatian orang lain apa hal. Dia ingat dia buat semua ni kebahagiaan tu nak datang dalam hidup dia?” Julia tiba-tiba naik berang. Manakala Maya masih tenang menyampaikan setiap cerita.
“Kita tak duduk kat tempat dia. Jadi kita mungkin tak faham apa yang dia rasa. Biasalah jiwa remaja. Kita semua laluinya” Maya cuba menenangkan Julia.
“Tapi macam mana dia boleh pakai barang mahal-mahal pergi sekolah?”
“Kawan dia. Kawan diakan kaya-kaya, yang paling aku tak tahan, baik pula kawan-kawan dia belanja dia macam-macam. Bagi itu ini”
“Oh…no wonder”
“Lepastu, pasal kuih dan nasi lemak yang selalu kau order dekat aku tu sebenarnya aku beli dekat mak dialah. Kau kata nasi lemak tu sedap meletop kebabomlah bagaikan, mak dialah yang buat. Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku akan beli kuih dan nasi lemak dekat kedai mak dia. Aku ni pun taklah kaya sangat. Jadi aku tolong mana yang mampu jelah. Macam tahun lepas, aku pernah ambil order dekat budak kelas kita dengan kelas sebelah lepastu aku beli semua makanan dekat gerai mak dia sampai habis. Tahun ni pun aku ingat nak buat benda yang sama. Ambil order then beli semua. Kiranya aku tolong mak dialah. Tapi Syasya tak pernah tahu langsung pasal semua tu. Hurmm..apa-apa pun aku tak nak dia tahu juga”
“Mak kau tahu tak pasal kerja yang kau buat selama ni?”
“Tahu”
“Wah…dahsyat jugakan kisah Syasya dengan kau ni”
“Eh, apa kaitan aku dengan dia pula?”
“Yelah…kau tahu semua latar belakang dia. Hairan aku”
“Haa…satu perkara yang kau tak tahu pasal aku. Ini Mayalah. Semua benda aku tahu. Kau lupa ke dulu aku pernah cakap apa dekat kau” Maya menjongketkan keningnya.
“Oh! Aku ingat. Tak sangka pula kau serious” Julia hanya tersenyum
* * * *
“Bro, aku dah buat macam yang kau suruh.”
“Bagus. Ada apa-apa yang berlaku hari ni?”
“Ada. Ada budak cari pasal dengan dia hari ni. Time rehat. Teruk jugalah, sampai jatuh makanan dia.”
“Siapa yang cari pasal tu? Kau kenal ke?”
“I’m not sure. But, I think she knows her”
“Her? Oh…bukan budak lelaki?”
“Bukan”
“Oklah macam tu. I have to go now, so kau tolonglah jadi mata dan telinga aku dekat sana ok. Kalau ada apa-apa lagi update dekat aku. One more thing, next week macam biasalah. Hari yang sama, jenis yang sama, bilangan yang sama dan nota tu nanti aku bagi kau. Cuma cara kau nak bagi tu pandai-pandai kaulah. It’s up to you tapi make sure jangan sampai orang tahu especially dia. Assalamualaikum” setelah beberapa pesanan disampaikan, gagang telefon diletak.
* * * *
Tulip yang diterimanya siang tadi diletakkan di dalam gelas kecil berisi air lalu ditempatkan di atas meja belajarnya. Memandangkan bunga itu cantik, jadi Maya menjadikan bunga itu sebagai perhiasan di atas meja belajar. Manakala surat pula dibelek. Tiada tanda yang menunjukkan surat itu untuk dia dan nama pengirim juga tidak tertera pada surat. Maya membuka lipatan surat itu kemudian membacanya dengan teliti.
@ # $ % ˄ & * (
) < > : € Ω £ ∞
ß δ ξ φ u v π λ
∂ z
- Silent Knight
“Tulisan apa ni? Peliknya. Silent Knight?” Maya mengamati tulisan tersebut dan perkataan yang tertera di bawahnya.
Argh! Malaslah nak fikir. Setelah berkali-kali mengamati tulisan yang terdapat pada kertas tersebut, Maya masih tidak dapat memahaminya dan akhirnya dia mengabaikan sahaja nota itu. Nota itu dibiarkan sahaja di atas meja belajarnya.
No comments:
Post a Comment