BAB 3
Sebulan telah berlalu. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. Cuma, kadang-kadang teguran demi teguran yang diterima apabila berhadapan dengan wanita yang berusia dalam 30-an itu. Kalau di rumah pula, umi tidak berhenti memesan kepadanya supaya menjaga adab dengan wanita tersebut. Jangan sesekali menunjukkan ketidakadabannya kepada wanita tersebut meskipun sedang marah. Kadang-kadang dia berasa rimas dengan apa yang dikatakan oleh uminya. Tapi Maya hiraukan sahaja.
Tinggal beberapa hari saja lagi peperiksaan PT3 bakal tiba. Debaran makin terasa. Namun dia cuba untuk kuatkan hatinya. Perasaan gementar dibuangnya jauh-jauh.
“Jangan lupa siapkan kerja yang saya bagi. Esok saya nak tengok. Saya keluar dulu. Assalamualaikum wbt” pesan Puan Haniza kepada pelajar-pelajarnya.
“Maryam, nanti jumpa saya dekat bilik guru masa rehat ya” Puan Haniza sempat lagi memberi pesanan kepada Maya sebelum keluar dari kelas.
Maya agak terkejut dengan panggilan puan Haniza. Hari ini dia tidak sempat untuk bersalaman dengan Puan Haniza. Memang menjadi kebiasaan kelas mereka, apabila habis sahaja sesi pembelajaran bagi setiap subjek yang perempuan akan bersalaman dengan cikgu perempuan dan lelaki bersalaman dengan cikgu lelaki.
* * * *
Loceng sekolah berdering menandakan waktu rehat telah tiba. Maya melajukan langkahnya menuju ke surau. Sebaik sahaja kakinya ingin menaiki tangga, ada sahaja yang memanggilnya. Seperti yang dijangka, soalan itu pasti akan keluar dari mulut kawannya, Julia. Julia mengingatkan Maya supaya berjumpa dengan Puan Haniza.
“Nak kena jumpa juga ke? Aku tak nak jumpalah. Aku nak naik atas” jawab Maya serius.
“Mestilah kau kena pergi Yam. Nanti kalau ustazah ada bagi homework, macam mana?” balas Julia.
Bising betullah minah ni.
“Kau nak homework apa lagi, tadikan ustazah dah bagi. Malaslah aku nak pergi bilik guru. Aku nak naik atas. Kalau kau nak sangat homework banyak-banyak, kau pergilah jumpa sendiri” Maya meneruskan langkahnya.
“Yam! Kau ni kenapa ha? Sejak akhir-akhir ni, aku tengok kau macam ada yang tak kena saja. Kau macam nak lari dari sesuatu. Kau tak boleh buat macam ni. Kalau ada masalah, sharelah dengan aku” bebel Julia panjang lebar.
“Eh makcik! Kau ni tak habis-habis membebel. Bisinglah. 24 jam tak berhenti membebel, tak penat ke. Aku tak ada apa-apa masalah dengan sesiapa” marah Maya. Maya dan Julia mula bertikam lidah. Tetapi itu sudah menjadi kebiasaan mereka semenjak menjadi kawan rapat. Sehari tak bising, tak sah! Maya terkejut dengan teguran Julia. Bimbang kalau rahsia besar terbongkar. Tapi dia cuba berlagak tenang.
“Kalau tak ada apa-apa, pergilah jumpa ustazah cepat. Kau yang kena jumpa ustazah, tengok-tengok yang sampai depan ustazah nanti, aku. Apa cer!” arah Julia.
“Hish! Kau ni. Nak cari gaduh dengan aku ke apa? Iyalah, aku pergi” Maya akur dengan arahan Julia setelah melihat Julia menjegilkan matanya.
“Tak payah nak buat mata macam tu sangat. Kau nak ke tengok aku jadi silent killer? aku pecahkan semua rahsia kau dan rahsia sesiapa sahaja yang berani ganggu aku. Hahahaha! Kejamkan” sebelum beredar dari situ, Maya sempat lagi membisik di telinga Julia. Amaran kejam diberi kepada Julia sambil keningnya dijongketkan dan senyuman maut dilemparkan. Ingat aku tak boleh buat macam kau orang ke. Aku pun bolehlah. Rahsia orang dah tepu aku simpan dalam kepala otak ni. Dah bersarang dah pun, tinggal nak sapu saja.
Julia terpinga-pinga dengan kelakuan Maya. Maya yang sekarang nampak pelik sangat jika nak dibandingkan dengan Maya yang dulu. Orangnya lebih ceria, lemah lembut sikit dan senang untuk diajak berbual. Tetapi berbeza sangat dengan sekarang. Julia yang dalam keadaan bingung terus beredar dari situ. Meremang bulu romanya.
* * * *
Setibanya Maya di bilik guru, Maya sengaja memperlahan langkahnya. Kalau ikutkan, hatinya berat sangat untuk berjumpa Puan Haniza. Tapi dia gagahkan juga. Bimbang kalau ada kecemasan.
Sekarang Maya betul-betul berada di depan Puan Haniza. “Ada apa ustazah panggil saya?” soal Maya kepada Puan Haniza.
“Maryam, nanti balik sekolah kamu naik dengan saya ya” beritahu Puan Haniza.
“Kenapa?” Maya kehairanan.
“Macam ni, tadi umi kamu mesej saya. Umi kamu cakap dia dapat call dari kampung, katanya makcik kamu meninggal. Jadi hari ni kamu balik dengan saya. Saya tumpangkan kamu” terang Puan Haniza.
Maya terkejut setelah mendengar penerangan Puan Haniza.
“Baiklah. Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu” Maya mengundur diri.
P/S: Aku post tak ikut waktu dah sekarang ni. Rasa macam lambat sangat pulak kalau post seminggu sekali. apa-apa pun chill k!
No comments:
Post a Comment