BAB 7
Setelah beberapa minit Maya mencari telefonnya tetapi masih tidak jumpa,
Maya akhirnya mengalah. Maya keluar dari biliknya. Kelihatan ruang di tingkat
bawah masih kosong. Maya hairan. Kemana ustazah dan anak-anaknya. Seperti
keluarga Maya, sebaik sahaja selesai solat Maghrib mereka akan berkumpul di
ruang tamu bersama sambil menonton televisyen. Tetapi tidak bagi keluarga Puan
Haniza.
Hatinya terdetik untuk naik ke tingkat atas untuk melihat apa yang berlaku.
Perlahan-lahan kakinya mendaki anak tangga di rumah itu. Ketika Maya hampir
tiba di tangga yang terakhir, Maya tidak lagi berdiri. Sebaliknya Maya sedikit
merangkak dan setelah mendapat posisi yang selesa, Maya mengambil tempat di
salah satu anak tangga itu.
Maya hanya melihat dan mendengar apa yang sedang berlaku di depan
matanya melalui jejari-jejari tangga. Kehadirannya yang mengintai secara
senyap-senyap itu tidak disedari oleh Puan Haniza dan suaminya, apatah lagi
anak-anaknya. Kelihatan satu aktiviti yang menjadi rutin keluarga ini akan
berlangsung. Maya terkaku sebentar, tidak sangka akan perkara yang sedang
berlaku di depan matanya. Begini rupanya keluarga ustazah. Fikirnya sejenak.
Nampak gayanya Maya tidak terlepas untuk mendengar sekali tazkirah yang
disampaikan. Sesekali Maya berasa geli hati melihat gelagat anak Puan Haniza
apabila mengajukan soalan-soalan yang mereka tidak faham. Sesekali itu juga
Maya berasa tersentuh hati akan cerita yang disampaikan oleh Encik Zamani. Saat
itu hatinya berteka-teki, adakah diri aku terlalu ego sehingga tidak mahu untuk
turut serta dalam majlis ilmu ini? Adakah aku terlalu pentingkan diri sendiri
sehingga aku salahkan orang lain atas masalah yang aku alami?
Beberapa minit kemudian, Maya kembali ke biliknya lalu mendapatkan
telekungnya. Maya mengatur langkahnya dengan berhati-hati menuju ke sudut yang
diduduki oleh Puan Haniza, suaminya dan anak-anaknya. Setelah kehadiran Maya
disedari oleh mereka, Maya dibalas dengan senyuman manis yang mekar terukir di
bibir milik Puan Haniza dan suaminya. Tetapi tidak bagi dua orang anak mereka.
Dahi berkerut seribu. Soalan demi soalan mula diajukan.
“Ibu, siapa tu?” soal Haikal.
“Ini kakak Maya” beritahu Puan Haniza kepada anaknya. Kini dahi Haikal
semakin berkerut, kerana dia tidak mengenali Maya sama sekali dan akhirnya dia
membiarkan perkara itu menjadi persoalan yang tidak terjawab.
Maya hanya tersenyum melihat kebingungan budak seorang ini. Maya
teringat akan adiknya apabila melihat dua orang budak ini. Apalah yang dia
tengah buat sekarang dekat kampung.
“Masih tak terlambat ke untuk saya turut serta tazkirah ini?” soal Maya,
meminta kepastian.
“Tidak” jawab Encik Zamani sepatah.
“Kalau macam tu, boleh saya join
sekali?” Maya meminta keizinan untuk turut serta. Sepasang suami isteri itu
hanya mengangguk tanda setuju. Barangkali gembira akan kehadiran Maya.
Maya melabuhkan punggungnya di sebelah ustazah. Perasaan kekok tetap ada
dalam dirinya. Sedangkan dengan saudara maranya pun dia susah untuk
menyesuaikan diri, apatah lagi dengan keluarga ini. Keluarga yang sangat asing
baginya.
Encik Zamani menyambung semula tazkirahnya sebaik sahaja Maya mengambil
tempat. Maya khusyuk mendengar apa yang disampaikan oleh Encik Zamani, sehingga
dia tidak sedar akan ada yang sedang memerhatikannya. Maya agak tersentak
apabila satu soalan diajukan kepadanya.
“Kamu tahu tak, kenapa Rasulallah mengahwini Aisyah disaat umur Aisyah
masih 9 tahun?” soal Encik Zamani kepada Maya.
“Err...” Maya teragak-agak untuk menjawab soalan itu dan akhirnya dia
menggelengkan sahaja kepalanya. Maya tahu jawapannya tetapi dia sengaja tidak
mengangguk.
“Perkahwinan antara Aisyah r.a dan Rasulallah telah diatur oleh Allah.
Allah telah mewahyukan Nabi Muhammad SAW supaya mengahwini Aisyah r.a. Ketika
itu Khadijah r.a iaitu isteri nabi yang pertama telah wafat pada usianya
menjangkau 50 tahun. Sebelum Rasulallah berkahwin dengan Aisyah, Rasulallah
juga sudah pun berkahwin dengan Saudah iaitu ibu tunggal yang mempunyai dua
orang anak, demi menjaga kebajikan anak-anak Saudah yang kehilangan bapa.
Walaupun Rasulallah dan Aisyah r.a mempunyai ikatan sebagai pasangan suami
isteri, mereka tidak tinggal bersama sehinggalah penghijrahan beliau ke
Madinah” Terang Encik Zamani panjang lebar. Yang lain khusyuk sekali mendengar
cerita tersebut.
“Ketika itu Aisyah r.a baru
berumur 9 tahun, sementara Rasulallah berumur 53 tahun. Jauh beza umur
merekakan” Encik Zamani memandang Maya. Maya hanya mengangguk.
“Aisyah r.a merupakan satu-satunya wanita yang dikahwini oleh Rasulallah
ketika masih perawan” Sambung Encik Zamani lagi.
“Perawan tu apa ayah?” Tiba-tiba si kecil bertanya. Barangkali tidak
kenal dengan perkataan itu.
“Perawan itu maksudnya muda, sayang” Jawab Encik Zamani dengan lembut.
“Aisyah juga dikatakan penyeri rumah tangga sepanjang hidup bersama
Rasulallah setelah kewafatan Khadijah r.a. Aisyah juga dikenali dengan sifat
mulia, zuhud, takwa serta pengabdian sepenuhnya kepada perjuangan Rasulallah
dalam menegakkan syiar Islam. Apakah gelaran yang diterima Aisyah daripada
Rasulallah?” soal Encik Zamani lagi kepada Maya serta dua orang anaknya.
“Humaira” Jawab Maya dan dua orang anak Puan.
“Betul tu. Aisyah mendapat gelaran Humaira daripada Rasulallah yang
bermaksud…” Encik Zamani sengaja menggantung ayat itu.
“Perempuan yang berpipi kemerah-merahan” Maya menyambung ayat Encik
Zamani dengan yakin.
“Pandainya kakak jawab.” Puji Haikal. Aku hanya tersenyum malu. Soalan
senang. Budak darjah satu pun boleh jawab. Cuma yang bezanya pantas atau
lambat. Bisik hati Maya.
“Betul tu. Selain memiliki rupa paras yang cantik, beliau juga rajin dan
tekun dalam beribadah. Selain itu, amalan bersedekah sentiasa menjadi keutamaan
Aisyah r.a sehinggakan tiada sedikit pun wang yang tersimpan di dalam rumahnya.
Sekiranya ada, pasti beliau mendermakan kepada yang memerlukan”
“Subhanallah. Baiknya Aisyah nikan ayah, ibu” Puji Haikal terhadap tokoh
muslimah Islam ini pula.
“Jadi, kita mestilah menjadikan sifat peribadi Aisyah r.a ini sebagai
ikutan dan tauladan” Kata Encik Zamani lagi.
“Berdasarkan cerita ini, kita boleh lihat bahawa walaupun perkahwinan
mereka ini diatur oleh Allah dalam keadaan perbezaan umur yang sangat ketara
dan pelbagai dugaan yang datang melanda tetapi mereka masih boleh hidup
bahagia. Cuba bagi ayah satu dugaan yang Aisyah alami dalam kehidupan beliau
ketika bersama baginda Rasulallah?” Encik Zamani menyoal lagi.
Ustaz ni sengaja nak perli aku ke apa? Bab kebahagiaan Rasulallah dan
Aisyah ini seperti ditujukan kepada diri aku. Kami masing-masing senyap apabila
soalan diajukan. Soalan ini dipersoalkan kepada aku dan dua orang anak
mereka.
“Apa dia? Cepat, siapa dapat jawab nanti ayah bagi coklat” Encik Zamani
masih lagi mahu bermain teka-taki bersama anaknya-anaknya.
Anak ustazah, jawablah anak ustazah. Takkan tak tahu. Please jawab! Maya
berbisik dalam hati. Sengaja dia tak nak jawab.
“Haa, Maya? Kamu tak tahu?” Maya agak tersentak apabila soalan itu
ditujukan kepadanya.
“Err...tahu ustaz. Tapi, sekejap. Adik ni tak tahu ke?” Maya sengaja bertanya kepada Haikal kerana Maya ingin dia yang jawab. Memandangkan Maya tidak tahu akan nama sebenarnya, dia hanya memanggil panggilan adik.
“Nama saya Haikal. Tahu kak, tapi lupalah” Balas Haikal. Nampak gayanya
akulah kena jawab.
“Jawablah Maya” Kini Puan Haniza pula yang meminta aku untuk menjawab.
“Yelah. Yang Maya tahu dan ingat, Rasulallah SAW selalu menyebut nama
Khadijah r.a dalam keadaan tidak sedar di hadapan Aisyah” Aku menjawab soalan
ustaz.
“Cuba terangkan sikit”
“Aisyah r.a berasa cemburu terhadap Khadijah r.a kerana Rasulallah SAW
selalu menyebut nama beliau dalam keadaan tidak sedar. Pernah suatu ketika,
Aisyah r.a dan Rasulallah SAW ingin berbuka puasa, kalau tak silap. Rasulallah
SAW meninggalkan satu tempat kosong dan pinggan kosong di sebelahnya. Aisyah
r.a bertanya kepada Rasulallah SAW, ‘Ya Rasulallah, kenapa kau meletakkan satu
pinggan kosong di situ?’ Rasulallah berkata, ‘Tempat ini aku sediakan untuk
Khadijah.’ Ketika itu Aisyah merasa hairan, bukankah Khadijah r.a telah wafat.
Fikir Aisyah. Lalu Aisyah berasa cemburu, meskipun Khadijah telah wafat,
Rasulullah masih tinggalkan satu tempat kosong buat Khadijah ketika hendak
makan” Jawab Maya dengan jelas.
“Bagus! Jawapan yang mantap” Puji ustaz.
“Wah! Pandainya akak. Alaa..kalau macam ni, Haikal tak bolehlah dapat
coklat” puji Haikal lagi kepada Maya. Haikal membuat muka sedih.
Alahai..comelnya muka Haikal bila buat macam tu.
“Nanti Hasif pun tak dapatlah juga” sampuk si kecil pula yang dari tadi
diam sahaja.
“Kenapa adik tak jawab tadi? Kalau adik jawab nanti adik bolehlah dapat”
kata Haikal kepada adiknya. Hasif hanya diam.
Comel sungguh perbualan dua beradik itu.
“Tak apalah. Nanti kalau akak dapat coklat, kita sharelah sama-sama. Adik dengan abang janganlah gaduh. Kalau gaduh
nanti akak babab dia, lepastu akak tak nak bagi coklat” Maya sengaja
bergurau-gurau dengan mereka berdua. Dah lama tak bermesra dengan budak-budak.
“Ish! Kamu ni Maya. Macam tu pula dia” Puan Haniza menepuk peha kiri
Maya.
“Ouch! Sakitlah ustazah. Hihihi…Maya saja nak bergurau dengan dia orang,
dah lama tak bergurau dengan budak-budak. Maya rindu adik Maya” Maya tersenyum
gembira seperti satu kebahagian hadir dalam dirinya. Senyum?
Kini gelagat aku diperhatikan. Ustaz dan ustazah hanya mampu tersenyum
dan tergelak melihat gelagat aku melayan anak mereka.
“Kami tak gaduhlah kak, kan adikkan?” Haikal memeluk adik dia.
“Ya! Betul tu kakak” Hasif mengangguk.
“Baiklah. Memandangkan anak-anak ayah semuanya baik-baik, ayah bagi
semua orang coklat” beritahu Encik Zamani.
“Yeah!” sahut Haikal dan Hasif.
“Tazkirah kita pada malam ni habis sampai di sini sahaja. Kita akhiri
tazkirah kita dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr” masing-masing menadah
tangan dan mengaminkan bacaan doa.
Tazkirah kami disusuli dengan solat Isya’. Kali ini aku solat berjemaah
bersama-sama ustaz dan ustazah. Keheningan malam itu membawa kekhusyukan dalam
aku melaksanakan ibadah wajib ini bersama keluarga yang sangat mulia ini.
Subahanallah Alhamdulillah Allahhuakbar! Tiada apa yang dapat aku ungkapkan
apabila berada dalam keluarga ini. Aku tidak dapat menggambarkan perasaan aku
ketika itu. Indahnya hidup keluarga ini. Walaupun kehadiran aku dalam rumah ini
hanya baru beberapa jam yang lalu, tetapi kenikmatannya dapat aku rasai.
Sungguh aku katakan. Allah itu maha besar. Setiap ujian yang dia
datangkan kepada seseorang hambaNya pasti ada hikmahnya dan pasti akan ada
kebahagian yang ingin dia berikan kepada kita.
No comments:
Post a Comment