BAB 1
Maya termenung di satu sudut dalam
biliknya. Sudah lima hari dia tidak keluar dari biliknya. Langsung tidak
bercakap dengan sesiapa pun. Mujur, cuti sekolah penggal terakhir sedang
menjelma. Tidaklah dia ketinggalan pelajaran. Lagipun dia akan menghadapi peperiksaan
PT3 tahun ini.
Sesekali otaknya ligat memainkan
peranan. Insiden yang berlaku tempoh hari kembali tersiar dalam kotak
fikirannya. Air mata tidak dapat dibendung dan akhirnya jatuh jua. Sungguh
sadis! Pada dirinya. Perasaan marah yang bertakhta di hati, membuatkan dia
benci pada semua orang yang dia kenal. Kepercayaannya pada orang kini hilang
begitu sahaja, hanya kerana dia dituduh yang bukan-bukan.
Pintu bilik dikunci. Tiada siapa
dibenarkan masuk ke dalam biliknya, melainkan uminya. Hanya umi sahaja yang
dibenarkan masuk ke dalam bilik. Itupun apabila tiba waktu makan. Maya
sayangkan uminya. Hanya umi sahaja yang memahami dirinya.
“Maya,
buka pintu ni. Umi nak masuk” kedengaran pintu bilik diketuk oleh Puan Nor.
Sudah tiba waktu makan tengah hari.
Air mata yang jatuh disekanya. Maya
mengatur langkahnya untuk membuka pintu. Setelah pintu dibuka, Maya kembali
berpeluk tubuh di atas katil.
“Maya,
sudah-sudahlah tu. Tak baik kurung diri macam ni. Lupakan saja apa yang dah
berlaku” pujuk Puan Nor sambil mengambil tempat di sebelah Maya.
“Maya
tak salah umi” beritahu Maya senada. Akhirnya Maya bercakap juga setelah
beberapa hari mendiamkan diri. Gadis ini perlukan tenaga dan kekuatan untuk dia
bercakap semula.
“Umi
tahu Maya tak salah. Umi percaya Maya. Tapi Maya kena keluar dari dunia Maya
ni. Jangan berkurung sahaja dalam bilik macam ni. Kalau macam ni, sampai
bila-bila Maya akan rasa sedih” pujuk Puan Nor.
“Semua
orang tak boleh dipercayai. Semuanya nak ambil kesempatan” jawabnya sinis.
“Maya
dah bagi tahu, umi. Maya dah terangkan semuanya dekat dia orang, tapi dia orang
tak percaya. Umi ingat dia orang nak ke dengar dan percaya semua penjelasan
daripada Maya yang baru belasan tahun ni? Dia orang fikir Maya ni macam budak-
budak saja tahu tak” empangan air di mata tidak dapat ditampung lagi. Air mata
jatuh membasahi pipi. Dirinya kembali berpeluk tubuh. Semakin lama, semakin
deras air matanya mengalir.
“Maya
ada otak umi. Ada akal! Maya boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk.
Kenapa dia orang buat Maya macam ni. Dia orang ingat Maya ni bodoh? Tak tahu
apa-apa?” sambung Maya lagi.
Maya malu, umi. Jatuh maruah Maya.
Bisik hatinya.
Puan Nor merapatkan dirinya dengan anak
perempuannya yang seorang ini. Tubuh Maya dipeluk erat. Tidak sanggup melihat
anaknya bersedih.
Diri tidak dapat menerima, tetapi
terpaksa untuk menerimanya juga. Namun hati takkan pernah berubah untuk terus
berkata tidak dan terus membenci. Sekali kata tidak, sampai bila-bila ia takkan
berubah.
P/S: Aku akan update TSK; Soul pada setiap hari Ahad. So, nantikan bab seterusnya minggu hadapan okiee👌! Selamat membaca karya pertama aku dan bacalah dengan senang hati😊
No comments:
Post a Comment