BAB 2
Cuti penggal akhir telah berlalu. Keadaan Maya semakin pulih. Namun perasaan marah bercampur sedih masih bertakhta di hati.
Sebelum kakinya melangkah masuk ke sekolah, beberapa matlamat dan janji telah dia tetapkan dalam dirinya. Pertama, Maya takkan berjumpa dan bersemuka langsung dengan Puan Haniza, meskipun beliau merupakan guru yang mengajar salah satu subjek dalam kelasnya. Kedua, Maya akan berlajar bersungguh-sungguh dalam masa terdekat ini sebelum peperiksaan PT3 menjelang tiba. Dia akan pastikan yang dia dapat skor dalam semua subjek supaya apabila dia berjaya nanti dia akan keluar dari sekolah ini. Pemohonan ke mana-mana sekolah berasrama akan dibuatnya. Tak kesahlah sekolah mana sekali pun yang dia akan dapat, yang penting dia kena keluar dari sekolah ni. Lagi cepat habis exam lagi bagus. Lagi jauh asrama yang dia dapat lagi bagus. Tak usah dia nak menghadap lagi orang-orang yang dia kenal.
Ah! Hari ini ada subjek ustazah. Macam mana nak elak ni? Fikir Maya sejenak. Kalau ikutkan hati mahu saja Maya keluar dari kelas. Tak payah belajar untuk subjek PAI. Tapi apakan daya, exam dah nak dekat. Demi kejayaan yang dikejar dia sanggup untuk menghadap segala rintangan.
Buat tak tahu sajalah.
P/S: bab 2 terlalu pendek. tengok post seterusnya 👌
No comments:
Post a Comment