BAB 10
Masa berlalu dengan pantas, siang berganti malam dan hari berganti hari.
“Bye Julia! Thanks tau tumpangkan aku. Nanti jumpa
lagi. Assalamualaikum” laung Maya kepada Julia yang menumpangkan dia ketika
keluar tadi.
Peperiksaan yang dilalui mereka telah pun berlalu. Apa lagi yang
ditunggu oleh mereka adalah untuk keluar berseronok bersama kawan-kawan mereka.
Itulah satu perkara yang biasa dilakukan oleh anak muda zaman sekarang bagi
menghilangkan tekanan dan bebanan yang hinggap di kepala setelah
bertungkus-lumus belajar untuk menghadapi peperiksaan.
Maya seronok keluar bersama rakan-rakannya pergi berjalan-jalan di Kuala
Lumpur. Dari pagi sampai tengah hari. Maya gembira sangat dapat keluar bersama
rakan-rakannya sehinggakan tidak sedar akan kehadiran tetamu di rumahnya. Dia
perasan akan kereta yang berada di depan rumahnya dan kasut yang banyak yang
tidak pernah dia nampak berada di depan pintu. Tetapi dihiraukan saja semua tu,
yang penting dia gembira sekarang. Segala masalahnya hilang.
Sebaik sahaja Maya masuk ke dalam rumah, senyumannya yang tadi terukir
indah di bibir kini berubah sekelip mata. Otak ligat memikirkan apa semua ini.
Hati yang sedari tadi membentuk pelangi berubah menjadi halilintar.
Keluarga ustazah! Keluarga ustazah datang ke rumah tanpa pengetahuan
aku! Aku tak kisah kalau keluarga ustazah nak datang. Tetapi, lelaki tu! Kenapa
dia mesti ada dalam rumah ni? Kenapa dia mesti datang? Ah! Spoilkan mood aku
sahaja. Bisik hati Maya.
“Maya mari sini salam ustazah” tegur Encik Ismail. Maya beredar dari
situ tanpa menghiraukan panggilan abahnya. Tiada satu patah perkataan yang
keluar dari mulutnya. Muka Maya masam mencuka. Sempat lagi Maya melemparkan
jelingan maut kepada lelaki yang berada di sebelah abahnya ketika dia berjalan
menuju ke dapur untuk mencari uminya. Muka ustazah langsung tidak dipandang.
“Umi. apa ni umi? kenapa family
ustazah datang sini? Maya tak tahu pun. Maya tak sukalah!” marah Maya setelah
mendapatkan uminya.
“Biarlah dia orang nak datang. Apa salahnya. Lagipun kalau Maya tahu,
mesti Maya marahkan. Sudah, pergi duduk depan sana. Layan tetamu. Jaga adab
sikit” balas Puan Nor.
“Malaslah! Maya nak naik atas lagi bagus” Maya terus meninggalkan Puan
Nor dan terus menaiki anak tangga satu persatu. Sebaik sahaja berada di
pertengahan anak tangga, sekali lagi abahnya memanggil supaya dia bersalaman
dengan Puan Haniza. Maya berhenti seketika. Naik tidak. Turun pun tidak.
“Maya!” panggil Encik Ismail buat kali ketiga dengan nada yang tegas.
Maya akhirnya mengalah dan turun ke bawah untuk bersalaman dengan Puan Haniza.
Kemudian dia meminta izin untuk beredar dari situ.
No comments:
Post a Comment