The Silent Killer: Soul


Tuesday, 20 October 2020

THE SILENT KILLER; SOUL

BAB 14

2 tahun kemudian…

Maya memulakan hari pertama sekolahnya dengan semangat dan azam yang baru. Setahun yang sudah, tiada apa sangat yang berubah. Hanya perjalanan hidup yang biasa dan lebih tertumpu kepada pelajaran. Hasrat untuk pindah ke sekolah yang lebih baik tidak kesampaian. Pemohonannya tidak berjaya.

Kejadian 2 tahun lalu Maya sudah boleh menerimanya tetapi tidak bermakna Maya boleh melupakannya. Hubungan antara keluarga Encik Ismail dengan Encik Zamani juga semakin baik. Tetapi sejak kebelakangan ini masing-masing membuat hal sendiri kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan sebagainya. Maya juga sudah lama tidak berjumpa dengan Puan Haniza. Maya banyak menghabiskan masanya dengan buku-buku pelajaran, lagi-lagi apabila menjelang musim peperiksaan. Maya juga jarang keluar rumah, hanya duduk di rumah sahaja.

“Haihh…dah form 5 dah kita nikan Ju” tegur Maya.

“Tulah. Tak sangkakan. Cepat je masa berlalu. Tak lama lagi nak SPM” balas Julia. Maya hanya tersenyum sendiri.

“Kenapa kau senyum?” soal Julia apabila melihat kelakuan Maya.

“Entahlah. Aku rasa geli hati bila ingat balik first day masuk sekolah ni. Daripada form 1 kita sekolah sini dan sekarang dah form 5. Rasa rindu pun ada, kelakar pun ada. Yelah, sekali sekala menggamit nostalgia yang sangat indah” beritahu Maya. Julia yang mendengar hanya mengangguk.

“Ish! Dahlah tu. Acah je kita ni” Maya memutuskan suasana hening itu.

“Eh, kau yang acah lebih. Aku dengar je. Apa-apa pun kita dah senior ok! ‘Akak-akak senior’. Hahaha…. Dahlah jom kita rehat, dah pukul 10:30 dah” Julia menekankan pada ayat ‘akak-akak senior’.

“Haa..yelah. Aku pun dah lapar ni” tanpa membuang masa, Maya dan Julia pergi ke koperasi sekolah untuk membeli makanan.

Maya dan Julia masing-masing hanya membeli sebungkus roti. Pada kebiasaannya mereka tidak makan makanan berat ketika rehat. Bagi mereka cukup sekadar roti menjadi alas perut mereka sementara tiba waktu tengah hari nanti. Seperti biasa mereka berdua akan makan di tempat yang biasa mereka duduk iaitu meja yang terletak di bawah pokok, jauh sedikit dari kantin. Sedang asyik Maya dan Julia makan roti yang dibeli sambil bergurau senda tiba-tiba datang dua orang perempuan lalu menepis roti yang dipegang Maya. 

“Hoi perempuan! Kau memang cari pasalkan dengan aku. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat dengan Firdaus selama ni. Kau tahukan yang Raja Firdaus tu milik aku. Yang kau nak sibuk apa hal? Dah lama betul aku perhatikan kau” tengking perempuan yang sebaya Maya itu kepada Maya. Maya yang terkejut kerana disergah, terpinga-pinga. Roti yang dipegangnya tadi sudah pun tersujud ke tanah.

Haihh..ni yang aku geram bila aku tengah makan, ada saja yang mengganggu. “Excuse me! Sejak bila aku cari pasal dengan kau ek? Cuba cakap sikit, sejak bila? Sebelum kau perhatikan aku, aku terlebih dahulu perhatikan kau tau. Kau ingat tu, jangan sampai orang lain tahu siapa diri kau yang sebenarnya dan jangan sampai mak kau tahu segala perbuatan kau dekat sekolah. Untuk pengetahuan kau, aku tak hadaplah dekat Raja Firdaus yang kau puja sangat tu!” Maya membalas balik tengkingan perempuan itu.

“Eleh, kau tak kenal pun family aku. Ada hati nak buat report kat mak aku” perempuan itu seperti menduga pengetahuan Maya tentang familynya.

“Kau jangan ingat aku tak kenal family kau. Kau ni anak Cik Maz yang berniaga kuih dekat depan sekolah rendah itukan” bisik Maya ke telinga perempuan itu lalu Maya terus beredar dari situ bersama Julia. Perempuan itu hanya terdiam seribu kata.

Jangan ingat aku tak kenal keluarga kau, Syasya. Orang macam kau ni memang patut aku siasat. Kehidupan kau sangat mewah di sekolah. Tetapi hakikatnya kau dari keluarga yang miskin. Aku kesian dengan keluarga kau. Kalau mak kau tahu macam mana perangai kau dekat sekolah, pasti gugur air mata seorang ibu. 

“Yam, kenapa kau cakap macam tu dekat Syasya? Kalau dia bawa ayah dia datang sekolah macam mana? Kau tahukan dia tu siapa” Julia memberi peringatan kepada aku.

“Kau nak takut kenapa? Siapa ayah dia?” soal Maya selamba.

“Hishh…dia tukan anak orang yang berpengaruh. Ayah dia garang kut. Dia tu ada bodyguard tau. Nanti kalau ayah dia serang kita macam mana?” 

“Kalau pasal lelaki, aku tak hadaplah. Orang macam dia tu memang kena ajar. Aku kesah apa dia anak dato’ ke, anak Tan Sri ke, anak polis, tentera, garang ke, ada bodyguard ke. Arghh! Whatever. Semua tu tak penting. Pangkat semata-mata, dekat dunia je semua tu. Kau nak takut kenapa?”

“Takutlah. Kau ingat tak dulu ada sorang budak ni pernah cari pasal dengan dia. Lepastu dia mengadu dekat ayah dia”

“Habis tu apa jadi dekat budak tu?”

“Nasib budak tu baik sangat sebab Syasya tu pujuk ayah dia tak payah jumpa budak tu”

“Oh yeke. Tapi aku nak tanyalah dekat kau. Ini kira soalan cepumas dari akulah dan aku nak kau jawab dan fikir betul-betul. Kalaulah ayah dia tu seorang yang dikenali dan digeruni oleh semua orang dekat sekolah ni, pernah tak kita nampak atau jumpa ayah dia walaupun sekali?” 

“Mestilah tak. Semua orang takut kut nak jumpa ayah dia. Kalau boleh tak payah jumpa pun tak apa dan tak nak jumpa langsung” Julia menjawab dengan yakinnya.

“Ok…pernah tak kita nampak ayah dia datang sekolah ni untuk ambil report card dia?” soalan kedua diajukan kepada Julia.

“Dah sah-sahlah tak pernah nampak sebab kita bukan satu kelas dengan dia”

Next, pernah tak dia tunjuk gambar family dia dekat kawan-kawan dia” 

“Hurmm…yang tu aku tak tahu. Tapi yang pasti, aku rasa dia tak pernah tunjuk gambar family dia dekat orang. Lagipun buat apa dia nak tunjuk gambar family dia pulakkan?”

“Ok, ini soalan terakhir. Adakah anda telah bersedia untuk menjawabnya?” Maya sengaja membuat lawak yang kadang-kadang tak berapa nak jadi tu. Yelah dia bukan ratu lawak tapi dia ratu bagi personalitinya yang begitu serius. Kalau bab lawak Julia ratunya, kalau bab yang serius Mayalah ratunya.

“Yes, I’m ready!” balas Julia dengan semangat.

“Pernah tak kita nampak dia balik dari sekolah dengan kereta mewah lepastu ada bodyguard bagai? Then kalau kau perasan dia tak pernah balik awal dari sekolah. Tiap-tiap hari dia balik lambat. Mungkinlah kau akan kata yang dia staybag sebab nak study. Tapi tak mungkinlah tiap-tiap hari dia nak buat study group semua tu. Cuba kau fikir balik. Kau tak rasa hairan ke?”

“Hurmm…ye tak ye jugakan. Ish! Tapi kita kena husnudhzon tau Yam. Kita tak boleh sangka buruk dekat orang"

“Husnudhzon, husnudhzon juga. tapi jangan sampai orang pijak kepala kita”

“Habis tu apa benda yang kau cuba nak bagi tahu aku ni?”

“Kalau kau nak tahu lebih lanjut, balik nanti datang rumah aku. Aku cerita semuanya dekat kau. Kau je tau, jangan kau hebohkan dekat orang lain pula. Dah, jomlah naik kelas. Bengang pula aku. Makanan aku dah jatuh” Maya meneruskan langkahnya menuju ke kelas.

“Ok! Alaa..laa..laa...kesiannya dia. Meh sini kita pujuk” Julia mengekori Maya dari belakang sambil mengusiknya.

*  *  *  *

Sebaik tiba di kelas, dari jauh Maya dapat melihat benda asing berada di bawah mejanya. Maya mengambil objek tersebut dengan rasa hairan.

“Black Parrot” satu perkataan keluar dari mulutnya. Siapa yang berani hantar bunga ni dekat aku? Tiada siapa yang tahu bunga kegemaran aku.

Sekuntum tulip berwarna merah kehitaman itu dibelek lagi. Bunga tersebut juga disertakan dengan satu kertas kecil yang terletak di bawah meja.

Untuk aku ke? Siapa bagi? Bunga hidup pula tu. Ah, tak sempat nak baca. Baik aku simpan cepat sebelum Julia nampak, nanti bising pula minah tu.

Maya segera menyimpan bunga dan nota tersebut di dalam begnya sebelum orang lain perasan.

No comments:

Post a Comment