BAB 11
Maya turun ke bawah kembali untuk makan tengah hari setelah beberapa minit berada di atas.
“Eh Maya, sikit saja makan? Diet ke?” tegur Puan Haniza yang melihat Maya mengambil nasi sedikit sahaja. Tak ada maknanya aku nak diet. Aku lapar. Tapi disebabkan tengok muka laki tu, hilang selera makan aku tahu tak! Sudahlah pagi tadi aku tak makan. Aku balik dari keluar tadi pun, aku masih lapar lagi tau tak. Sungguh! Lelaki itu dah spoilkan hari aku. Huarghhh!
Maya terus naik ke atas semula sesudah makan. Dia masuk ke dalam
biliknya. Pintu ditutup rapat. Satu papan tanda kecil ‘dilarang masuk’
disangkut di depan pintu biliknya sebagai amaran kepada sesiapa yang berhasrat
untuk memasuki biliknya. Lampu bilik tidak dinyalakan. Ikatan langsir dibuka
supaya biliknya menjadi gelap dan sejuk. Maya menekan suis pendingin hawa dan
menekan punat pada alat kawalan jauh pendingin hawanya pada suhu yang paling
rendah supaya biliknya menjadi sejuk dengan cepat. Sememangnya, dia tengah
panas ketika itu. Sementara menunggu biliknya sejuk, Maya duduk di balkoni
biliknya sambil memikirkan perkara tadi.
Hish! Geram betul aku dengan lelaki tu. Suka hati dia saja nak sakat aku masa makan tadi. Ingat dia siapa? Kau tak kenal akulah. Nak melawak bagai. Geli aku. Lepas tu suka hati dia saja nak sepak-sepak kaki aku bawah meja. Ingat aku adik dia ke? Nasib baik aku pakai sarung kaki. Argh! Geramya. Maya membebel dalam hatinya. Kalau ikutkan ingin sahaja dia menjerit.
“Hey! What are you doing here?” Maya yang baru perasan akan kehadiran lelaki itu di dalam biliknya sangat terkejut. Berani betul lelaki ini naik ke tingkat atas! Lepastu masuk bilik aku?! Abah tak halang ke? Mujur tudung di kepalanya tidak dibuka lagi.
“Assalamualaikum” Hafizz memberi salam.
“Waalaikumussalam. Macam mana kau boleh masuk bilik aku?!” what?! How?! Bagai nak pecah kepala otak aku bila nampak dia ada dalam bilik aku. Aku ulang balik, BILIK!
“Pintu tak berkunci. Aku masuk jelah” jawab Hafizz
“Keluarlah! Siapa suruh kau masuk?!” Maya masih tidak puas hati.
Cuaca yang panas terik sebentar tadi berubah menjadi mendung. Nampak gayanya hujan lebat bakal membasahi bumi ini.
“Tak ada siapa suruh” jawab Hafizz lagi sambil menyentuh barang Maya di atas meja belajarnya.
“Aku dah bagi amaran dekat depan pintu tu, kau tak nampak ke? ‘Mans are not allowed except my family” Maya mengulang kembali ayat yang tertera di papan kecil itu.
“Nampak. Akukan sebahagian daripada family kau juga” jawab Hafizz selamba.
“Tak payah nak buat lawak bodoh boleh tak. Jangan haraplah kau nak jadi sebahagian daripada keluarga aku. Kau keluar sekarang!”
Aku tak pernah terima kau dalam keluarga aku. Boleh sakit jiwa bercakap dengan lelaki ini. Sepatah aku tanya, sepatah dia jawab. Lepas itu, boleh pula dia selamba saja masuk bilik aku tanpa kebenaran. Tak malu ke. Kata belajar agama. Mana ikhtilat kau?
“Asal kau dengan family kau datang sini? Perjumpaan keluarga?” Maya sedikit menyindir dalam pertanyaannya.
“Kau keluar dari bilik aku sekarang boleh tak. Aku rimaslah! Kau jangan usik barang-barang aku boleh tak. Aku tak sukalah!” arah Maya lagi sambil mengambil dan menyusun balik barangnya yang disepahkan oleh lelaki itu. Tetapi lelaki itu masih tidak berganjak. Lelaki itu seperti menguji tahap kesabaran Maya. Maya yang tidak puas hati akhirnya menolak lelaki itu keluar dari biliknya menggunakan bantal.
“Maya!” panggil Hafizz secara tiba-tiba. Kedengaran serius kelakuan Maya dan pergerakkan Hafizz berhenti seketika. Raut wajah Hafizz bertukar menjadi serius. Hujan mulai turun.
“Maya, kau dengar sini. Kau jangan nak biadab sangat boleh tak. Dari tadi lagi aku perhatikan kelakuan kau” Hafiz tiba-tiba marah.
“Kau pahal nak marah-marah aku tak tentu pasal. Kau tak ada hak nak marah aku macam ni” Maya hairan dengan kelakuan lelaki itu yang tiba-tiba.
“Aku memang tak ada hak ke atas kau. Tapi tak salahkan kalau aku nak bagi pengajaran dan peringatan dekat kau” Hafizz mengingatkan Maya.
“Kau tak payahlah nak ajar aku, nak ingatkan aku bagai! Aku tak perlukan peringatan kau sebab kau pun sama saja tak senonohnya!" Maya turut menjadi marah dan mula untuk menangis. Semaklah lelaki ni! Siapa yang ajak dia naik atas ni? Tak ada sesiapa ke dekat luar bilik. Tolonglah selamatkan aku dari cengkaman lelaki ni!
“Kau jangan sesekali nak datang dekat dengan aku. Aku geli! Kau tahu tak, disebabkan kaulah hubungan aku dengan abah aku jadi tak baik. Disebabkan kau juga hidup aku hancur kau tahu tak. Kau dah porak-perandakan jalan hidup aku yang aku dah atur. Aku rasa jijik sangat bila tengok muka kau. Aku benci kau!” air mata jatuh semakin deras membasahi pipinya.
Perkara lalu kembali tersiar di kotak fikirannya. Parut dalam yang masih terkesan kembali berdarah. Maya berharap sangat supaya benda ini tidak akan berulang kembali. Tetapi semua itu tidak dapat dielaknya. Gerimis yang sedari tadi turun semakin lebat.
Hafizz mula untuk menaikkan tangannya kerana geram dengan perangai Maya yang agak biadab. Tetapi tangannya terhenti apabila memikirkan yang tindakannya itu salah.
“Kau nak tampar aku? Tamparlah! Tampar. Kenapa stop?” perli Maya lagi. Hatinya kini memberontak. Hafizz menurunkan tangannya kembali.
“Kau ingat ni Maya, satu saja aku nak pesan dekat kau. Jangan pernah sesekali kau biadab dengan umi dan abah kau. Aku tak kisah kalau kau nak biadab dengan aku dan family aku atau pun kau tak suka aku dan family aku. Tapi please hormat umi dengan abah kau. Jangan kecewakan dia orang. Reda Allah terletak pada reda mak dan ayah. Kau ingat tu” Pesan Hafizz sebelum keluar dari bilik Maya.
“Kau tak payahlah nak ceramah aku cakap pasal adab, hormat, reda ni bagai! Kau masuk bilik aku pun suka hati kau saja! Lepastu nak jadi malaikat, nasihatkan aku. Argh!!! Aku benci kau tahu tak! Kau pergi dari sini! Keluar!” jerit Maya sepuas hatinya sambil memukul tubuh lelaki itu dan menolaknya keluar dari bilik tersebut. Serabut kepalanya memikirkan perkara itu.
Luaran saja nampak macam malaikat tetapi perangai sebenar tak ubah
seperti iblis. Kau macam tak tau halal haram. Sesuka hati kau saja masuk bilik
aku. Siap bagi salam lagi. Kononnya baik sangat bagi salam. Walhal, antara kita
ni tiada ikatan. Ke kau buat-buat tak kenal halal haram?
Hati Maya sungguh membara ketika itu. Sehinggakan segala kata keji dan makian yang tidak pernah terlintas di fikirannya keluar dari mulutnya saat itu. Dalam hati pula siap mengutuk lelaki itu. Sekarang kau dah kenalkan siapa Siti Nur Maryam?
Matanya sempat menjeling ke luar bilik. Ah! Madihah, Haikal dan Hasif pun ada kat atas. Tengah main permainan. Mesti Madihah yang ajak naik atas. Patutlah!
Akibat hujan yang terlalu lebat, jeritan Maya tidak dapat didengari oleh orang yang berada di tingkat bawah. Nasib baik, kalau tidak pasti keluarga mereka akan tahu pasal pergaduhan ini.
Kali ini Maya betul-betul marah pada lelaki itu buat kali yang kedua. Maya terus menutup pintu biliknya dan menguncinya. Maya menangis teresak-esak disebalik daun pintu biliknya. Hujan terus menerus turun mengiringi tangisan Maya. Pintu di balkoni bilik Maya tidak ditutup menyebabkan bilik Maya telah separuh basah akibat hujan yang lebat dan angin yang menghentam masuk ke dalam biliknya.
Kenapa mesti kau muncul balik dalam hidup aku? Kenapa mesti kau nak
ungkit balik perkara lalu? Kenapa mesti kau nak berkasar dengan aku? Jangan
haraplah kau nak jadi sebahagian dari hidup aku. Aku tak akan terima kau sampai
mati. Lagi bagus kalau aku kena langgar lepastu mati saja masa aku lari dari
rumah ustazah hari tu. Tak payah aku nak hadap semua ni. Aku benci kau! Aku
benci kau! Aku benci kau!
Maya terbaring di lantai di sebalik pintu sambil menangis. Maya berpeluk tubuh akibat kesejukan kerana tempias dari air hujan yang turun semakin lebat disusuli pendingin hawa yang telah disetkan pada suhu yang paling rendah. Maya membiarkan dirinya hanyut dalam dilema. Akhirnya Maya terlelap dengan air mata yang membasahi pipi dengan harapan semuanya akan selesai selepas dia bangun dari lenanya.
No comments:
Post a Comment