BAB 8
Selesai solat Isya’, doa dibaca oleh Encik Zamank. Setiap bait doa yang
dibaca Encik Zamani didengar aku dengan khusyuk. Hati aku tersentuh apabila
mendengar doa yang dipohonnya. Aku tak sangka, dalam doa yang dipohonnya ada
terselit setiap nama yang menjadi makmumnya pada malam itu. Termasuk aku. Encik
Zamani mendoakan agar urusan hidup aku dipermudahkan oleh Allah. Ya Allah, aku
rasa berdosa sangat. Aku akhirnya mengalirkan air mata. Sambil menadah tangan
kepala aku ditundukkan sedikit. Tak dapat aku nafikan. Hati aku terlalu lembut.
Hati aku terlalu lembut untuk disentuh dan hati aku juga terlalu lembut untuk
disakiti. Untuk aku menerima perkara lain dalam hidup aku amat mudah tetapi
tidak bagi perkara yang telah menghancurkan dan meleraikan pengaturan hidup aku
yang telah aku rancang. Betullah kata orang, kita hanya mampu merancang dan
mengatur tetapi sebaik-baik perancangan itu adalah perancangan Dia yang di atas
sana. Dialah yang menentukan segalanya.
* * * *
Selesai berdoa, ustaz mengalih posisinya menghadap kami untuk bersalaman
dengan anak-anaknya dan isterinya. Aku masih lagi kaku di tikar sejadah.
Tiba-tiba satu huluran tangan ditujukan kepada aku. Mungkin tangan ustazah,
minta untuk disalam. Aku menyeka air mata yang mengalir. Aku mengangkat kepala
dan bersalaman dengan ustazah setelah air mata diseka.
“Kamu menangis ke Maya?” raut wajah Puan Haniza terus berubah.
“Tak adalah ustazah” Maya hanya tersengih dan tersenyum sambil
bersalaman dengan Puan Haniza.
“Tak payah nak bohong ibulah Maya. Muka kamu tu dah merah dah ibu
tengok” Puan Haniza meneka lagi. Ha? Ibu?
“Ibu?” kini reaksi wajah Maya pula yang berubah. Hairan. Urgh! Macam aku
ni tak ada mak sendiri pula.
“Mulai sekarang panggil saja ustazah, ibu. Lagipun Mayakan sebahagian
daripada keluarga ni. Inikan rumah, bukan sekolah. Tak payah panggil ustazah”
pinta Puan Haniza.
Maya hanya mampu tersengih.
“Kenapa nangis?” soal Puan Haniza lagi.
“Tak ada apa-apalah” jawab Maya pendek. Maya melipat sejadah dan kain
telekungnya.
“Ustazah, Maya nak tanya sikit boleh?” kali ini Maya pula bertanya.
Disebabkan masih tidak biasa, Maya masih menggelarnya ‘ustazah’.
“Tanya jelah. Sebelum tu, cuba panggil ibu” Mohon Puan Haniza lagi.
“Err…ibu. Maya nak tanya, umi tak hantar telefon Maya ke?”
“Tak ada pula umi kamu bagi telefon. Kenapa? Maya nak guna ke?” beritahu
Puan Haniza.
“Ingat nak whatsapp kawan.
Tapi tak apalah kalau dah tak ada” jelas Maya. Maya dan Puan Haniza,
masing-masing berdiri dari tempat duduk. Encik Zamani dan dua orang anak
lelakinya sudah lenyap entah ke mana.
“Kalau Maya nak, boleh guna telefon ibu” Puan Haniza menawarkan
telefonnya kepada Maya.
“Tak apalah” Maya menolak. Tidak mahu menyusahkan Puan Haniza.
Puan Haniza memasuki bilik tidurnya untuk menyimpan telekung. Sebaliknya
Maya diminta tunggu sebentar sebelum turun ke bawah.
“Maya tak lapar ke? Petang tadikan Maya tak makan. Maya tak nak makan?
Kalau tak ibu boleh panaskan makanan. Makanan dekat bawah tu banyak lagi. Tak
habis pun” tegur Puan Haniza sebaik sahaja keluar dari biliknya.
“Err…” aku tak nak jawab apa ek? Tapi perut terasa lapar juga.
“Boleh jugalah ustazah. Terasa macam laparlah pula” Beritahu Maya. Maya
mengaku kalah kali ini. Jujur aku kata yang aku memang lapar.
“Eh, ibu” Maya perbetulkan ayatnya setelah melihat reaksi wajah Puan
Haniza yang berubah.
“Jomlah. Kita turun bawah. Ibu temankan Maya makan malam ni” sambut Puan
Haniza dengan senang hati.
“Masak apa hari ni?” sambil menuruni anak tangga, Maya memulakan
perbualan bersama Puan Haniza.
“Kalau nak tahu, jom kita pergi dapur. Tengok apa yang ada. Itulah
petang tadi Maya tak nak makan” balas Puan Haniza gembira. Malam itu perbualan
Maya bersama Puan Haniza sangat meriah. Biasalah, seperti perbualan anak
perempuan dengan ibunya. Perbualan antara perempuan dengan perempuan. Pelbagai
perkara yang mereka bualkan. Sehinggakan cerita katak kena langgar pun jadi isu
pada malam tu. Saat itu, aku terlupa sekejap akan segala masalah yang ada dalam
kepala aku. Malam ni mood aku baik,
esok lusa belum tentu lagi.
No comments:
Post a Comment